Date Release: 18/8/2023
5 Fakta Tentang Uri.
Point Nombor 4 Yang Ramai Tak Tahu
Uri atau Plasenta adalah sangat penting kepada bayi kerana fungsinya yang pelbagai. Plasenta dapat dikesan sewaktu sesi Sono Ultrasound dan ia adalah salah satu point pemeriksaan yang penting.
Antara fungsi penting Plasenta/uri ini adalah:
1. Satu Organ Pelbagai Fungsi :
Bayi yang sedang membesar bergantung sepenuhnya kepada Ibu untuk membekalkan nutrisi, oksigen. Plasenta / uri yang bertindak membekalkan oksigen sama seperti paru-paru dan mengeluarkan karbon dioksida. Uri juga berfungsi sama seperti buah pinggang yang menapis bahan buangan keluar dari aliran darah.
2. Ibu membawa stem sel daripada bayi :
Beberapa tahun selepas kelahiran, sebahagian kecil stem sel bayi pada kehamilan sebelumnya masih dapat dikesan pada organ, sumsum tulang Ibu, malah pada kulit Ibu.
3. Satu-satunya organ pakai buang :
Plasenta akan hadir dalam setiap kehamilan bagi memberi nutrisi kepada bayi dan banyak fungsi lain. Bagaimanapun setelah bayi lahir, plasenta juga akan keluar dari rahim Ibu.
4. Plasenta/uri bukanlah organ Ibu :
Plasenta adalah sebahagian daripada Ibu dan ayah, sama seperti bayi.Uri berkembang daripada telur yang telah disenyawakan dan plasenta terbentuk setelah telur yang disenyawakan menempel pada dinding rahim.
5. Bertindak sebagai perantara :
Di trimester ketiga, plasenta membenarkan antibodi Ibu berpindah kepada bayi dan memberikan antibodi pertama kepada bayi dan ianya bertahan sehingga bayi berusia 6 bulan.