Date Release: 2/8/2023
5 Kecacatan biasa dialami bayi yang dapat dikesan melalui Sono Ultrasound
Tahukah mommies, kebanyakan abnormalities dapat dikesan melalui Sono Ultrasound? Bagi kecacatan kromosom atau genetik seperti down syndrome,patau syndrome, Pfeiffer syndrome hanya ‘soft marker’ pada bayi yang ditemui sewaktu sesi Sono Ultrasound dan details scan, growth scan dapat membantu mengenalpasti permasalahan pada bayi.
Terdapat beberapa jenis cacat lahir dapat ditangani dengan pembedahan dan rawatan. Cacat lahir jika dapat dikenalpasti lebih awal (melalui Sono Ultrasound, details scan,2D 3D 4D 5D) dapat segera ditangani.
Jenis kecacatan bayi yang dapat dikenalpasti melalui Sono Ultrasound:
1. Syndrome Down
Syndrome Down ialah kelainan fizikal dan mental pada bayi disebabkan faktor genetik/kromosom. Hanya soft marker/ciri-ciri kelainan pada organ dan anggota badan bayi sewaktu sesi Sono Ultrasound dijalankan dapat dikenalpasti.
Bagi kes kecacatan genetik seperti ini, hanya dapat disahkan melalui ujian darah dan analisis amniotic fluid.
Info tentang Syndrome Down
2. Masalah Jantung
Masalah jantung dapat dikesan samada semasa bayi dalam kandungan (melalui Sono Ultrasound, details scan, growth scan) atau setelah bayi lahir.
Jantung janin terbentuk seawal 6-7 minggu usia dalam kandungan. Pada waktu inilah kecacatan jantung mulai terjadi.
3. Sumbing bibir / lelangit
Bibir sumbing dan lelangit juga terjadi sewaktu pembentukan mulut tidak sempurna di dalam kandungan.
Tiada punca spesifik yang dapat dikenalpasti tentang punca terjadinya cleft lip dan cleft palate ini tetapi kebanyakannya mungkin terjadi disebabkan faktor genetik, Obesiti, diabetes, merokok, minum alkohol sewaktu hamil dan penggunaan ubat sawan
Info mengenai sumbing bibir dan lelangit
4. Spina bifida
Spina bifida ialah kecacatan yang terjadi ketika tulang belakang dan sum-sum tulang belakang tidak terbentuk dengan sempurna menyebabkan saraf tunjang terdedah.
Spina bifida boleh dikesan semasa bayi dalam kandungan melalui Sono Ultrasound, MRI dan pengukuran alpha foeto protein (AFP).
Terdapat beberapa jenis Spina Bifida iaitu Spina Bifida Occulta, Meningocoele dan Meningomyelocoele.
Punca terjadinya Spina Bifida disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Selain itu, kekurangan asid folik juga menyumbang kepada faktor terjadinya Spina Bifida.
5. Clubfoot (abnormal pada kaki)
Congenital Talipes Equino Varus (CTEV) atau Clubfoot juga dikenali dengan panggilan pengkor atau bengkok.
Kaki bayi seakan bentuk hujung batang golf atau ‘club’ (menjadi namanya kini).
Ada dua jenis Clubfoot :
1. Clubfoot berpunca dari Postural – Ia hanya melibatkan otot yang tegang sahaja dan tulang serta sendi sekeliling tidak terjejas.
Antara langkah pemulihan ialah :
- Teknik simulasi pada tapak kaki
- Teknik taping
- Senaman regangan
- Urutan pada otot/ Manipulasi tisu lembut
2. Clubfoot berpunca dari Struktur – Ia melibatkan struktur tulang dan sendi dimana perkembangannya kurang sempurna.
Clubfoot dapat dilihat melalui Sono Ultrasound dimana terdapat kecacatan pada kaki.
Antara langkah pemulihan ialah :
- Pembedahan untuk kes serius (Achilles Tenotomy)
- Serial Casting dan manipulasi kaki
- Senaman untuk meningkatkan pergerakan sendi
- Senaman regangan supaya otot yang terlibat tidak memendek
- Senaman untuk kuatkan otot betis, peha dan otot peroneal
- Pengawalan pergerakan pada sendi pergelangan kaki dan Senaman untuk meningkatkan joint sense
- Ankle Foot Orthosis (AFO) – sokongan untuk kaki
- Foot Arch Support – tingkatkan funhsi biomechanic kaki