Skip to content

Date Release: 23/8/2023

𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗰𝗶𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗜𝗯𝘂 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗹?

Toxoplasmosis in Cats | Cornell University College of Veterinary Medicine

 

Toxoplasma adalah sejenis parasit yang tinggal dan membiak didalam usus kucing dan keluar melalui najis kucing 

Toxoplasma juga boleh terdapat pada daging dan permukaan yang tercemar. 

Toxoplasma ialah jangkitan yang biasa berlaku. Ia jarang membahayakan orang dewasa, tetapi ia memberi kesan pada janin dalam kandungan 

Congenital Toxoplasmosis ialah gejala yang berlaku apabila ia (Toxoplasma) menjangkiti janin dalam kandungan. 

Toxoplasmosis ini memberi kesan pada janin walaupun beberapa bulan sebelum Ibu hamil, tetapi didalam peratus yang rendah. 

 

Kebiasaannya, jangkitan adalah ringan pada ibu. Ibu hamil mungkin tidak sedar dia mempunyai parasit. Walau bagaimanapun, jangkitan pada bayi yang sedang berkembang didalam rahim boleh menyebabkan masalah yang serius. Masalah lebih teruk jika jangkitan berlaku pada awal kehamilan. 

 

Antara risiko jangkitan Toxoplasma ialah 

  • Keguguran 
  • Kematian janin dalam kandungan 
  • Masalah saraf pada bayi 
  • Kelahiran Pramatang 

 

Simptom buat Ibu Hamil jika terkena jangkitan Toxoplasma ialah 

  • Selesema 
  • Suhu badan yang tinggi 
  • Sakit otot 
  • Sakit tekak 
  • Keletihan 
  • Kelenjar bengkak 

 

Kebanyakan bayi yang dilahirkan akibat jangkitan ini tidak mempunyai gejala. Gejala boleh dihidapi termasuk jangkitan mata, kelenjar bengkak, memberi kesan pada telinga dan kulit, hati atau limpa, atau jaundice. Kerosakan otak dan sistem saraf juga mungkin boleh berlaku dari sangat ringan hingga teruk, dan mungkin terjadinya sawan dan kecacatan intelek 

 

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan ini 

1. pakai sarung tangan semasa membersihkan najis kucing dan kosongkan setiap hari 

2. memakai sarung tangan semasa berkebun 

3. basuh tangan, pisau dan papan pencincang dengan bersih selepas menyediakan daging mentah 

4. basuh tangan sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan 

5. basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan teliti untuk menghilangkan sebarang kesan tanah 

 

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda sedang hamil dan mempunyai imun sistem yang rendah serta anda syak anda dijangkiti Toxoplasma.  

 

Jadi, mommies jangan risau ya! Memelihara kucing sewaktu hamil tidak membahayakan kandungan asalkan mommies jaga kebersihan. 

 
Translate »