Skip to content

Date Release: 23/8/2023

𝗔ir ketuban pecah. Apa perlu buat?

 

Air ketuban atau amniotic fluid adalah cecair yang mengelilingi bayi didalam kandungan.

Air ketuban berfungsi untuk menyerap hentakan dan ia boleh pecah pada bila-bila masa.  

 

Air ketuban akan diperiksa melalui Sono Ultrasound, samada mencukupi atau berkurangan, terutamanya sewaktu sesi details scan.  

 

Air ketuban adalah berwarna jernih dan tiada bau. Ibu-ibu hamil perlu alert dengan sebarang cecair yang keluar sepanjang kehamilan.

Apabila terdapat lubang kecil pada mana-mana bahagian kantung, air ketuban yang keluar adalah sedikit-sedikit.   

 

Sekiranya lubang ini berlaku di bahagian kepala bayi, air ketuban keluar dengan laju kerana tekanan dari kepala bayi dan diiringi bunyi ‘pop’.  

 

Apa yang perlu mommies buat sekiranya air ketuban telah pecah :

 

1. Periksa samada betul atau tidak air yang keluar adalah ketuban dengan checklist ini

Warna cecair : sepatutnya ia berwarna jernih. Tetapi sekiranya ia berwarna kehijauan bermakna bayi telah membuang air besar.

Bau : Air ketuban tidak mempunyai bau 

Masa : Selepas air ketuban telah pecah, bayi terdedah kepada jangkitan. Jadi, rekod masa air ketuban telah pecah ya.

Jumlah air yang keluar : samada menitik atau dalam Jumlah yang banyak.

 

2. Pakai pad dan monitor warna air ketuban yang keluar dan air ketuban yang leaking 

 

3.Terus segera ke hospital berdekatan 

 

Kebanyakan Wanita melahirkan kurang dari 24jam setelah air ketuban pecah. Tetapi ada juga yang mengalami air ketuban pecah  sebelum usia 37 minggu kehamilan. Ia dipanggil Preterm Premature Rupture of Membrane (PPROM).

 

Air ketuban yang telah pecah mempunyai risiko berlakunya jangkitan. Kebiasaannya sekiranya air ketuban telah pecah melebihi 24jam, Ibu mungkin akan diinduce untuk mempercepatkan proses kelahiran. 

 

 
Translate »