Skip to content

Date Release: 31/7/2023

Amniotic Band Syndrome: Boleh menyebabkan kematian organ janin dalam kandungan 

 

Amniotic Band Syndrome (ABS) ialah salah satu komplikasi yang boleh terjadi sewaktu hamil.

ABS juga dikenali sebagai Constriction Ring Syndrome. 

 

ABS terjadi apabila anggota tubuh bayi dalam kandungan terlilit dengan lapisan kantung ketuban yang telah koyak. 

 

Janin didalam kandungan dilapisi oleh kantung amniotik. Lapisan luaran ialah chorion dan lapisan dalaman ialah amnion.  

 

Apabila membran amnion terkoyak secara tiba-tiba, tetapi membran luaran (chorion) tidak rosak, amnion yang terkoyak terbentuk seperti tali yang akan melilit jari, kaki, tangan, kepala bayi dalam kandungan 

 

Kesannya, saluran darah akan terhalang dan boleh berlaku kematian organ atau kecacatan pada bayi. 

ABS dapat dikesan melalui Sono Ultrasound. Salah satunya melalui detail anatomi scan. Sekiranya masalah ABS dikesan, ibu akan segera dirujuk kepada pakar 

 

Kecacatan yang mungkin berlaku 

  • Jari kaki yang tersimpul akan menyebabkan ia tidak berkembang dengan sempurna 
  • Boleh berlaku kematian, jika ia tersimpul di uri. 
  • Kehilangan anggota badan yang tersimpul, dimana anggota tersebut mungkin perlu dipotong. Kadang-kadang bayi lahir dengan anggota badan yang tidak berfungsi 
  • Kerosakan sistem peredaran darah pada bayi dalam kandungan. 

 

Kadangkala benang amniotik ni terlalu halus dan tidak dapat dikesan sewaktu dalam kandungan. 

 
Translate »