Date Release: 8/9/2023
Anhydromnios Bahaya Buat Janin
Anhydromnios adalah keadaan dimana tiada cecair amniotik (air ketuban) samada keseluruhan atau hampir semua air ketuban.
Keadaan ini akan membawa maut sebaik sahaja bayi dilahirkan kerana kegagalan perkembangan paru-paru.
Cecair amniotik adalah sangat penting untuk perkembangan normal janin. Dalam kehamilan yang normal, jumlah cecair amniotik akan meningkat apabila usia kehamilan meningkat 32-34 minggu dan akan berkurangan sehingga hujung usia kehamilan.
Anhydramnios dapat dikesan melalui Sono Ultrasound dan punca berlakunya Anhydramnios ialah :
- Berlakunya pecah membran
- Kegagalan buah pinggang janin
- Masalah pada placenta
Cecair amniotik ini membantu melindungi janin dan ia memainkan peranan penting dalam perkembangan organ janin seperti buah pinggang, paru-paru dan saluran gastrousus. Cecair amniotik atau air ketuban ini dihasilkan oleh paru-paru dan buah pinggang janin.
Samada terlalu banyak air ketuban atau terlalu sedikit cecair amniotik ini dikaitkan dengan keabnormalan dalam perkembangan janin dan komplikasi kehamilan.
Antara risiko anhydromnios ialah :
- Pembentukan organ janin yang tidak normal. Seperti masalah paru-paru
- Keguguran atau kematian janin dalam kandungan.
- Pendarahan pada otak bayi
- Pertumbuhan janin terbantut
- Kelahiran pramatang
- Bayi lemas kerana kemungkinan berlakunya komplikasi sewaktu proses kelahiran
- Kelahiran secara pembedahan
Potter Syndrome adalah kelainan yang digunakan untuk menggambarkan penampilan tipikal bayi baru lahir yang terdedah kepada anhydramnios. Ciri-ciri fizikal Potter Syndrome ialah muka yang rata dan kecacatan anggota badan, ia adalah akibat terjadinya mampatan intrauterin dan nutrien yang tidak mencukupi, yang disebabkan oleh anhydramnios.
Melalui sesi Sono Ultrasound, air ketuban akan diukur bagi menentukan Amniotic Fluid Index (AFI) samada mencukupi atau tidak.