Date Release: 24/10/2023
Hypnobirthing
; Apa Yang Perlu Anda Tahu
Hypnobirthing
ialah teknik pendekatan bersalin yang fokus kepada relaksasi, hipnosis diri,
dan teknik pernafasan dalam pengurusan kesakitan dan ketakutan semasa bersalin,
supaya proses bersalin boleh menjadi lebih tenang, lembut, dan dapat bersalin
dalam keadaan yang santai dan bebas daripada ketegangan dan kebimbangan yang
tidak perlu.
Hypnobirthing
dikenali seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Teknik Hypnobirthing Malaysia
sudah terkenal dikalangan ibu-ibu hamil masa kini.
Antara program
Hypnobirthing adalah teknik pernafasan khas, visualisasi, relaksasi, meditasi
dan perhatian khusus kepada pemakanan bernutrisi.
Prinsip utama
hypnobirthing biasanya termasuklah :
·
Relaksasi
: Pengamal hypnobirthing mempelajari pelbagai teknik relaksasi untuk
menggalakkan minda berada dalam keadaan yang tenang dan damai semasa bersalin.
Teknik ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ketakutan, yang boleh
membantu badan bekerja dengan lebih cekap semasa bersalin.
·
Teknik
pernafasan: Teknik pernafasan yang betul diajar untuk membantu menguruskan
kesakitan dan kekal tenang semasa kontraksi. Pernafasan yang perlahan dan dan
terkawal boleh membantu untuk ibu kekal tenang semasa kontraksi.
·
Penglibatan
pasangan: Suami digalakkan untuk mengambil bahagian dalam kelas hypnobirthing
dan menyokong isteri semasa bersalin. Suami memainkan peranan dalam membantu
teknik relaksasi dan memberi galakan sepanjang proses bersalin.
·
Percaya
pada kebolehan semula jadi badan: Hypnobirthing juga menekankan kepercayaan
bahawa tubuh wanita direka untuk melahirkan secara semula jadi dan proses
bersalin dapat berjalan dengan lancar apabila ketakutan dan ketegangan
diminimumkan.
·
Hipnosis
diri: Hypnobirthing selalunya melibatkan hipnosis diri atau visualisasi untuk
memasuki keadaan relaksasi yang mendalam, sama seperti meditasi. Dengan
memfokuskan pada visualisasi yang positif,ibu yang bersalin mungkin dapat
menghilangkan rasa takut dan bimbang mengenai proses bersalin.
Antara
kebaikan daripada hypnobirthing ialah :
·
Kurang
ketakutan menghampiri kelahiran
·
Kurang
campur tangan dan kelahiran secara pembedahan.
·
Mengurangkan
penggunaan oxytocics atau AROM
·
Kesakitan
bersalin fasa 1 dan 2 yang lebih pendek
·
Kurang
kelahiran bayi pramatang dan berat badan rendah
·
Mengurangkan
atau menghapuskan keperluan untuk analgesia
·
Ibu
& bayi yang lebih gembira dan berpuas hati
·
Bayi
boleh menyusu dengan segera
Adalah penting
untuk anda tahu bahawa hypnobirthing tidak menjamin kelahiran tanpa kesakitan,
tetapi ia bertujuan untuk membantu wanita menguruskan intensiti bersalin dan
mencipta pengalaman bersalin yang positif.
Kelas
Hypnobirthing biasanya ditawarkan kepada wanita hamil dan pasangan mereka untuk
mempelajari dan mempraktikkan teknik sebagai persediaan untuk bersalin.
Teknik hypnobirthing boleh digunakan di setiap tempat bersalin. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan rasa selesa dan kawalan fikiran semasa bersalin, mengurangkan keperluan untuk campur tangan perubatan jika tidak perlu.