Skip to content

Date Release: 17/8/2023

Asap rokok sampai pada janin dalam rahim? 

Secondhand Smoke Pregnancy

 

Umum tahu bahaya asap rokok bukan sahaja pada orang sekeliling, tetapi juga pada bayi dalam kandungan 

 

Asap rokok mengandungi 

  • Tar : Ia menggalakkan perkembangan sel-sel kanser 
  • Nikotin : Mempercepatkan sel-sel tidak normal didalam badan. 
  • Benzena : Kanser leukemia dan masalah buah pinggang 

 

Antara risiko asap rokok pada bayi dalam kandungan ialah : 

  • Kematian bayi dalam kandungan 
  • Risiko lahir pramatang & kurang berat badan 
  • Masalah pada salutan pernafasan. 
  • Meningkatkan risiko placenta previa 
  • Meningkatkan risiko kecacatan pada janin 
  • Pendarahan dari uri 

 

Merokok adalah merbahaya buat ibu hamil kerana bahan kimia yang terdapat di dalamnya akan masuk ke dalam salur darah lalu mencemarkannya, seterusnya meresap masuk ke dalam janin melalui salur darah plasenta. 

 

Asap rokok terbahagi kepada tiga : 

  1. Asap rokok (orang yang menghisap rokok) 
  2. Secondhand smoke : asap rokok basi (golongan yang menghidu asap rokok) 
  3. Thirdhand smoke : golonga ini yang menghidu atau menyentuh sisa asap basi 

 

Walaupun golongan secondhand smoke dan thirdhand smoke tidak merokok, dengan berada berhampiran perokok, cukup memberi kesan negatif pada orang sekeliling 

 

Gambar Sono Ultrasound menunjukkan kajian yang dibuat  dalam memerhatikan respond bayi dalam kandungan terhadap asap rokok. Bayi mengerutkan muka dan menutup mukanya memberi reaksi terhadap  nikotin. Hasil dari kajian mendapati bayi dari ibu yang merokok cenderung menyentuh dan menutup muka dan mulut lebih banyak dari ibu yang tidak merokok (sumber dari Durham University, ABC News) 

Translate »