Skip to content

Date Release: 27/7/2023

 

Bahaya air ketuban kurang! 

 

Fungsi air ketuban

Fungsi air ketuban ialah melindungi bayi dalam kandungan sepanjang tempoh kehamilan. Ia bantu mengekalkan suhu, membantu perkembangan paru-paru bayi,otot bayi dan beri keupayaan kepada bayi untuk bergerak serta perkembangan sistem pencernaan bayi. 

 

Air ketuban kurang atau oligohydramnios adalah air ketuban yang kurang dari paras indeks AFI (amniotic fluid index). 

 

Jika air ketuban sedikit, boleh menjejaskan bayi dalam kandungan. Ia boleh diperiksa melalui Sono Ultrasound. Jika mommies perasan, sewaktu Sono Ultrasound dijalankan, air ketuban adalah salah satu perkara yang akan diperiksa oleh Sonographer atau doktor 

 

Kes oligohidramnios yang berlaku pada kandungan bawah 6bulan boleh berlakunya keguguran, kecacatan pada kandungan, bayi meninggal dalam kandungan dan kelahiran pramatang 

 

Punca berlakunya air ketuban kurang/ Oligohidramnios: 

 

  • Plasenta : plasenta yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan aliran darah dan zat tidak dapat disalurkan dengan baik dan tidak dapat menghasilkan air ketuban 
  • Air ketuban leaking atau pecah 
  • Bayi mempunyai masalah buah pinggang : dan saluran kencing dan tidak berupaya memproses air ketuban yang ditelan akan dikeluarkan semula. Sono Ultrasound juga memeriksa keadaan bayi, sekiranya terdapat sebarang abnormalities pada bayi,ibu akan dirujuk dengan segera pada pakar. Tetapi harus diingat berkaitan genetik tidak dapat dikesan oleh Sono Ultrasound.  
  • Komplikasi kesihatan ibu : contohnya pre-eclampsia, tekanan darah tinggi dan diabetes 

 

Risiko Oligohidramnios : 

  • Pembentukan janin tidak normal contohnya cacat anggota badan dan paru-paru tidak berkembang dapat dikesan melalui Sono Ultrasound.  
  • Keguguran/bayi meninggal dalam kandungan 
  • Komplikasi semasa bersalin  
  • Kecacatan pada bayi secara fizikal didalam kandungan dapat diperiksa melalui Sono Ultrasound  
  • Kelahiran pramatang, tumbesaran janin terbantut 
  • Risiko kelahiran secara pembedahan  

 

Cara meningkatkan kandungan air ketuban:

  • Minum air kosong

Kajian (pada tahun 2002) menyatakan dengan meningkatkan pengambilan air kosong berjaya menambah peningkatan air ketuban  

 

  • Rehat  

Ibu hmail digalakkkan untuk mendapatkan rehat yang cukup dan digalakkan untuk ‘bed rest’ dan mengurangkan aktiviti fizikal  

 

  • Amnioinfusion  

Doktor akan memasukkan larutan ‘saline’ atau saline solution ke dalam kantung bagi meningkatkan kadar air ketuban 

 

  • Kelahiran awal 

Sekiranya level air ketuban adalah terlalu rendah di hujung kehamilan, doktor akan memepercepatkan tarikh kelahiran 

 

Pemeriksaan Sono Ultrasound yang kerap adalah perlu sekiranya ibu hamil dikesan mempunyai masalah pre-eclampsia, tekanan darah tinggi atau sewaktu pemeriksaan ibu telah disahkan mempunyai air ketuban yang kurang 

 

Sekiranya ibu disahkan mengalami Oligohidramnios, kekal tenang dan kawal tekanan darah tinggi kepada paras yang normal dengan menjaga pemakanan dan mengurangkan stress. Minum air mencukupi supaya kekal hidrasi.

Translate »