Skip to content

Date Release: 9/8/2023

BAHAYA Fetal Alcohol Spectrum Disorder

 

Fetal Alcohol Spectrum Disorder atau FASD ialah kecacatan yang berlaku pada seseorang yang terdedah pada alkohol didalam kandungan 

Alkohol didalam darah ibu diserap melalui tali pusat bayi. 

 

+9bv7v4Gr84UoqO3nssAAAAASUVORK5CYII=

 

Kesan FASD pada bayi ialah 

  • Bibir atas lebih nipis daripada biasa 
  • Bibir & hidung leper  
  • Tiada cupid bow (lengkungan pada atas bibir : bahagian atas bibir) 
  • Masalah pembelajaran  
  • Masalah pertuturan 
  • Masalah pada ingatan dan memori  
  • Hyperactive 
  • Otak janin tidak membesar dengan baik 
  • Kepala yang kecil 
  • Masalah untuk tidur dan menghisap sewaktu bayi 
  • Masalah jantung, buah pinggang dan tulang 
  • Masalah pendengaran 

 

Mendiagnosis FASD agak sukar kerana tiada ujian perubatan, seperti ujian darah, untuk keadaan ini.

Tetapi, kecacatan fizikal yang jelas seperti kelainan pada otak dan kepala yang kecil dapat dilihat melalui Sono Ultrasound.  

 

Wanita yang cuba untuk hamil, sedang hamil, menyusukan anak dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang alkohol. Kerana wanita tidak akan sedar dirinya sedang hamil sehinggalah ujian UPT dan Sono Ultrasound dapat mengesan kantung,itu pun lingkungan 6-7minggu.  

 

Tiada ukuran menunjukkan tahap alkoholselamatbuat ibu mengandung. Jaga kesihatan diri, amalkan pemakanan yang sihat dan lakukan pemeriksaan Sono Ultrasound untuk memastikan kandungan dan ibu berada dalam keadaan yang baik. 

 
Translate »