Date Release: 4/8/2023
Bahaya Senggugut
Senggugut adalah rasa sakit pada bahagian bawah perut sewaktu haid.
Tumpahan darah haid pada belakang rahim menjadi punca keradangan dimana parut dan lekatan boleh terjadi di antara organ-organ peranakan dan boleh merosakkan saluran tiub fallopio dan ovari. Ia akan menyebabkan berlakunya senggugut yang kuat.
Kebiasaannya, mekanisma yang terdapat pada tubuh akan membersihkannya, tapi buat segelintir wanita yang menghidapi endometriosis tidak dapat melakukannya. Darah haid yang tertinggal membunuh sperma yang masuk.
Lakukan pemeriksaan rahim kerana Senggugut yang kuat berkait dengan penyakit rahim, contohnya endometriosis.
Senggugut juga menjadi salah satu tanda :
- Cyst
- Fibroid
- Menggunakan alat mencegah kehamilan seperti IUCD
- Jangkitan pada rahim
- Kelainan pada rahim (antaranya ialah rahim bercabang)
Bagi wanita yang sedang hamil, rasa nyeri dibahagian bawah perut, seringkali dipanggil seperti senggugut juga perlu berhati-hati dan lakukan pemeriksaan kandungan Sono Ultrasound dan berjumpalah dengan doktor anda kerana ia juga salah satu tanda keguguran.
Sekiranya anda mengalami tanda– tanda senggugut yang teruk segera lakukan pemeriksaan :
- Sakit yang beepanjangan dan kuat
- Pendarahan yang banyak
- Lelehan pada faraj
- Sakit kepala, pening
- Loya, muntah
- Cirit-birit
Lakukan pemeriksaan rahim dan dapatkan rawatan sekiranya terdapat masalah berkaitan organ peranakan kerana jika dibiarkan boleh menyebabkan masalah sukar hamil.