Skip to content

Date Release: 31/7/2023

Bahayakah hamil lewat usia? 

 

Untuk hamil pada lewat usia menjangkau 50 tahun adalah tidak mustahil, tetapi ibu perlu pastikan tubuh badan betul-betul sihat dan bersedia. Hamil lewat usia dianggap sebagai kehamilan berisiko tinggi  

 

Semakin lewat usia, jumlah telur semakin berkurangan dan ada kebarangkalian telur itu alami abnormalities. 

 

Terdapat risiko buat ibu dan anak dalam kandungan, jadi ibu hamil perlu mendapatkan rawatan pra kehamilan ( melalui pemeriksaan Sono Ultrasound, details scan),makan makanan bernutrisi dan menjaga berat badan.  

 

Antara risiko hamil lewat usia buat ibu ialah : 

 

  • Kelahiran Pramatang
  • Bayi kembar : lihat info Sonobee mengenai kehamilan kembar
  • Placenta Previa atau uri rendah : info mengenai uri rendah
  • Risiko kelahiran secara pembedahan
  • Masalah kencing manis
  • Pendarahan yang banyak selepas bersalin.
  • Anemia 

 

Risiko kepada anak dalam kandungan : 

 

  • Bayi mengalami kecacatan ( Down Syndrome, Patau Syndrome, Edward Syndrome) – info mengenai down syndrome
  • Pertumbuhan terbantut 
  • Bayi lahir pramatang : lebih mudah dijangkiti kuman, pertumbuhan otak, paru-paru yang tidak sempurna. 
  • Stillbirth (kandungan meninggal di dalam rahim) 

 

Risiko-risiko ini dapat dipantau melalui teknologi canggih seperti Sono Ultrasound dan dapat dikenal pasti lebih awal supaya perancangan mengenai rawatan dapat dibuat lebih awal 

 

Sekiranya anda ingin merancang kehamilan, disarankan untuk mempertimbangkan usia hamil dan berbincanglah dengan pakar untuk mendapatkan nasihat perubatan. 

Translate »