Skip to content

Date Release: 24/7/2023

 

Bahayakah lilitan tali pusat pada leher bayi? 

 

[INFO] tahu tak dalam Sono Ultrasound scan, dapat dilihat apabila lilitan tali pusat melilit leher bayi? 

 

Bilangan lilitan tali pusat pada leher bayi melebihi 3 dan keatas amat bahaya buat bayi 

 

Tali pusat diselaputi oleh Jelly Wharton ia adalah bahan lembut dan licin dan bayi juga sentiasa bergerak didalam kandungan menyebabkan tali pusat mudah terlilit pada bayi. Ia dipanggil Nuchal Cord.  

 

Tanda bayi terlilit tali pusat : 

  • Kurang pergerakan bayi dalam kandungan : inilah mengapa ibu-ibu disarankan mengira pergerakan bayi setiap hari. 
  • Sono Ultrasound : melalui sesi Sono Ultrasound, dapat dilihat lilitan tali pusat pada leher bayi 

 

Punca terlilit tali pusat : 

  • Jelly Wharton yang tidak mencukupi. Fungsi Jelly Wharton ini adalah sebagai pelincir bagi memelihara tali pusat. Ia mungkin berpintal kerana tidak cukup pelincir. 
  • Hamil kembar kerana terdapat pergerakan berganda didalam rahim. Risiko terbelit tali pusat lebih tinggi. 
  • Tali pusat yang panjang meningkatkan risiko terbelit. Kebiasaannya panjang tali pusat adalah antara 50-60cm.

 

Bayi yang terlilit tali pusat, masih menerima oksigen, darah dan nutrisi selagi Jelly Wharton tersebut masih mencukupi untuk melindungi dari terikat kemas 

 

Tali pusat yang terlilit pada bayi tidak membahayakan. Ia adalah perkara biasa yang sering berlaku didalam rahim. Jadi mommies jangan lupa kira pergerakan bayi dan sentiasa alert dengan sebarang perubahan. 

Translate »