Date Release: 30/8/2023
𝗕𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗨𝗧𝗜 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗶𝗹?
Urinary Tract Infection (UTI) ialah jangkitan yang biasa berlaku apabila bakteria yang datang dari kulit atau rektum memasuki uretra dan menjangkiti saluran kencing. Jangkitan boleh menjejaskan beberapa bahagian saluran kencing seperti jangkitan pundi kencing (cystitis).
UTI lebih kerap berlaku pada wanita kerana uretra mereka lebih pendek dan lebih dekat dengan rektum. Ini menyebabkan bakteria memasuki saluran kencing dengan mudah
Faktor lain yang meningkatkan risiko UTI:
- Pernah menghidapi UTI sebelum ini
- Menopause – berlaku perubahan pada bakteria hidup dalam faraj (flora faraj)
- Kehamilan
- Aktiviti seksual
- Faktor umur
- Faktor Kebersihan (Kebersihan yang kurang dijaga)
- Masalah struktur dalam saluran kencing
UTI biasa berlaku ketika hamil kerana perubahan pada sistem imun yang menyebabkan jangkitan bakteria lebih mudah menyerang Ibu hamil.
Adalah penting buat Ibu Hamil untuk peka dengan perubahan diri, dan beritahu doktor ketika lawatan antenatal sekiranya ada kelainan yang berlaku ketika kencing.
Ibu perlu menjalani ujian air kencing untuk mengenal pasti jangkitan dan UTI boleh dirawat dengan antibiotik dan ubat-ubatan.
Jangkitan UTI yang tidak dirawat boleh menyebabkan :
- Risiko jangkitan buah pinggang
- Risiko kontraksi pramatang
Kelahiran pramatang mendatangkan pelbagai risiko buat bayi. Iaitu
- Kesukaran untuk bernafas secara normal
- Kesukaran menyusu
- Mudah kesejukan
- Masalah pada penglihatan
- Masalah pada usus dan saraf otak bayi
Amat penting untuk Ibu hamil untuk dapatkan rawatan awal UTI untuk mengelakkan risiko pada bayi.
Simptom Gejala UTI :
- Rasa pedih, tidak selesa dan seolah-olah seperti terbakar ketika kencing
- Tidak dapat tahan kencing
- Kerap kencing daripada biasa
- Sakit belakang
- Kejang pada perut
- Air kencing pekat dan berbau
- Sakit ketika melakukan hubungan seksual
Cara mengurangkan risiko terkena UTI:
- Jaga kebersihan diri dengan baik. Cuci kemaluan dari arah depan ke belakang
- Minum air kosong yang mencukupi
- Jangan tahan kencing
- Elakkan memakai seluar yang ketat