Date Release: 30/8/2023
Berapa tepatkah Estimated Date Of Delivery (EDD)?
Adalah perkara biasa untuk ibu-ibu hamil diberikan satu tarikh ‘Estimated Date Of Delivery’ (EDD), di mana dianggarkan kehamilan anda selama 40 minggu.
Hanya kira-kira 5-6% bayi yang lahir pada tarikh EDD.
Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk menganggarkan EDD:
- Dengan mengira 280 hari dari hari pertama haid terakhir anda
- Dengan Imbasan Sono Ultrasound
EDD akan digunakan untuk memutuskan perkara seperti sama ada bayi membesar terlalu cepat atau lambat dengan mengukur Saiz bayi sewaktu sesi Sono Ultrasound dan melalui EDD juga perancangan kelahiran dapat ditentukan. Contohnya Ibu mungkin akan diinduce untuk mencegah kehamilan yang lama.
Melalui EDD, Ibu dapat gambaran secara kasar kemungkinan bila bayi lahir.
Melalui EDD juga dapat menentukan:
- Bila first trimester screening dapat dilakukan
- Dapat tentukan bila details scan dapat dijalankan
- Minggu Ibu perlu minum air gula
- Perancangan tarikh Ibu perlu melahirkan sekiranya Ibu ada GDM
- Dapat memeriksa tumbesaran bayi dalam kandungan adakah selari dengan EDD
Dating Scan adalah scan diawal kehamilan biasanya pada minggu ke 10 dan 14 kehamilan. Dating Scan ialah cara terbaik untuk menjangka tarikh jangka bersalin (EDD) dan Dating Scan inilah dapat menentukan berapa minggu usia kehamilan.
Buat Ibu Hamil yang mempunyai kitaran period tidak teratur, melalui Dating Scan inilah tarikh EDD boleh digunakan.