Skip to content

Date Release: 10/8/2023

Boleh tak saya nak dengar heartbeat baby?

 

Sewaktu hamil, dapat melihat atau mendengar degupan jantung bayi adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap ibu setiap kali pemeriksaan Sono Ultrasound.  

Kerana ia menandakan janin hidup dan ibu-ibu merasa lega kan 

 

Berbalik pada soalan diatas, jawapannya : 

BOLEH. Tapi bukan pada Trimester pertama ya mommies.  

 

Bagi trimester pertama, cukup hanya dengan melihatkerdipanjantung bayi di screen sewaktu sesi Sono Ultrasound.  

 

Heart rate baby akan diambil menggunakan M-mode atau Motion mode dimana tiada power melalui jantung janin yang sedang berkembang 

 

Jantung bayi mula berkembang seawal 3-5 minggu usia kehamilan, dimana jantung, otak, saraf tunjang dan organ lain mula terbentuk. 

 

Jantung bayi berkembang daripada dua tiub yang bercantum di tengah untuk mencipta ruang dengan empat tiub memanjang daripadanya.

Ia mula berdenyut dan berdegup antara kehamilan 5-6 minggu dan mungkin dikesan melalui sono ultrasound pada masa ini juga.

Jantung embrio terus berkembang dalam beberapa minggu seterusnya.

Ia terbentuk sepenuhnya sekitar 10 minggu kehamilan. 

 
Translate »