Date Release: 22/8/2023
𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗿𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗯𝗮𝘆𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗼𝗻𝗼 𝗨𝗹𝘁𝗿𝗮𝘀𝗼𝘂𝗻𝗱?
Mommies tahu tak bukan hanya wajah baby je dapat lihat waktu buat Sono Ultrasound, rambut baby pun nampak di skrin.
Walaupun Teknologi Sono Ultrasound 3D dan 4D tidak menunjukkan dengan jelas setiap helaian rambut, tetapi ia memaparkan ‘kontur‘ seperti alunan rambut di bahagian kepala bayi.
Kaedah terbaik untuk melihat jika bayi mempunyai rambut adalah dengan menggunakan Sono Ultrasound 2D (hitam dan putih) yang memaparkan “fuzz”, petunjuk utama bahawa rambut bayi ada.
Jadi, jangan terkejut kalau Sonographer beritahu lebatnya rambut bayi anda!
Folikel rambut mula terbentuk di dalam kulit bayi pada 14 minggu usia kehamilan. Kira-kira 20 minggu, rambut halus mula tumbuh dari folikel ini pada dagu, bibir atas dan kening.
Folikel yang baru tidak terbentuk selepas kelahiran, jadi folikel yang anda miliki adalah satu-satunya yang anda akan dapat.
Manakala, pada usia 22 minggu, rambut juga mula kelihatan di kepala, bahu, telinga, dan dahi.
Sesetengah bayi tumbuh rambut dengan banyak, manakala yang lain hampir tidak mempunyai rambut apabila mereka dilahirkan.
Jumlah rambut yang mommies boleh jangkakan pada kepala bayi yang baru lahir adalah bergantung kepada genetik.
Sepanjang kehamilan, rambut bayi sebenarnya akan melalui dua kitaran pengguguran dan pertumbuhan semula rambut.
Apabila otak bayi mula berkembang, kulit halus pada kulit kepalanya juga mula meregang untuk menampungnya, dan ia mengakibatkan terbentuknya lingkaran rambut parietal (pusar rambut pada kepala)