Skip to content

Date Release: 15/8/2023

Ciri-ciri uri / placenta yang sihat

 

Plasenta berfungsi untuk melindungi janin daripada serangan imun oleh ibu, mengeluarkan bahan buangan dari janin dan mendorong ibu membawa lebih banyak darah ke plasenta 

 

Terdapat dua bahagian placenta. Satu bahagian yang melekap pada rahim Ibu dipanggil Maternal Surface of Placenta. Manakala bahagian sebelah dalam uri dipanggil Fetal Surface of Placenta.  

 

‘Maternal surface of placenta’ menyerap nutrien dalam bentuk molekul yang sangat kecil seperti amino acid dan glukos. Molekul yang sudah dicernakan oleh Ibu sahaja yang dapat melalui Maternal surface of Placenta.  

 

Tiada percampuran darah antara darah Ibu dan darah bayi. 

 

Bayi duduk didalam amniotic sac dan didalam air yang jernih. Tiada makanan yang dapat masuk terus kepada bayi melainkan yang telah dicernakan. 

 

Mengekalkan ciri-ciri plasenta yang sihat adalah kunci untuk mendapatkan perkembangan janin dan kehamilan yang sihat. Satu perubahan mudah yang boleh dilakukan oleh ibu semasa hamil untuk mendapatkan plasenta yang sihat ialah dengan mengubah pola makanan dan cara hidup yang lebih sihat 

 

Antara ciri-ciri plasenta yang sihat ialah 

Plasenta kelihatan lengkap tanpa cotyledon yang hilang. 

‘Maternal surface of placenta’ seharusnya berwarna merah gelap (maroon) dan dibahagikan dengan cotyledons. 

Permukaan plasenta bayi (Fetal surface of placenta) haruslah berkilat, kelabu dan cukup lutsinar dimana warna merah gelap tisu kelihatan jelas 

Tali Pusat yang lengkap dengan dua arteri serta satu vena yang melilit-lilit. 

Strukturnya harus mempunyai Jelly Wharton yang banyak, dan tidak ada simpulan atau trombosis. 

Kantung bayi biasanya berwarna kelabu, berkilat, berkedut dan lut sinar. 

 

Janin tidak perlu menghadamkan makanan dan usus janin tidak perlu bekerja. Janin akan mendapat khasiat dari darah Ibu secara terus ke plasenta seterusnya melalui tali pusat dan kepada janin.  

Translate »