Skip to content

Date Release: 1/9/2023

Cleft Hand 

 

Cleft Hand Surgery | Congenital Hand and Arm Differences | Washington University in St. Louis

Kita dah biasa dengan cleft lip dan cleft pallete.

 

Tapi apakah itu Cleft Hand? 

 

Cleft Hand terjadi apabila tangan janin tidak berkembang dengan baik semasa kehamilan. Kecacatan ini dapat dikesan semasa sesi Sono Ultrasound. kejadian tangan sumbing ini boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua tangan, malah pada kaki. 

 

Tidak semua bayi yang mengalami tangan sumbing kelihatan sama. Kadangkala, tiada jari bahagian tengah tangan atau terdapat celah berbentuk V di ruang itu 

 

Cleft Hand biasanya diwarisi (genetik). Ibu/ayah yang mempunyai masalah cleft Hand ini, sebanyak 50 peratus Cleft Hand ini akan diwarisi oleh anak. Hanya bagi sesetengah kes, Cleft Hand mungkin terjadi pada kanak-kanak, walaupun ibu bapa tidak mengalami kecacatan ini. 

 

Keadaan ini dikenali dengan beberapa nama lain seperti ectrodactyly, split hand, cleft hand dan lobster claw hand.  

 

Tidak semua kanak-kanak memerlukan pembedahan sekiranya keadaan tidak teruk dan mereka dapat menggunakan tangan mereka. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tangan yang ketara, pembedahan mungkin diperlukan. 

 

Antara fungsi pembedahan buat Cleft Hand ialah 

  • Dapat mencipta ruang yang baik antara ibu jari dan jari telunjuk untuk membolehkan penggunaan motor halus. 
  • Menutup ruangan sumbing/cleft dan supaya kanak-kanak boleh menggunakan tangan mereka dengan lebih baik.Membetulkan semula kulit dan tisu lembut di sekeliling jari 
  • Membetulkan sebarang kecacatan pada jari atau ibu jari. 
  • Memindahkan dan menstabilkan tulang tangan 

 

Kecacatan cleft hand ini terjadi pada lelaki dan perempuan dengan nisbah yang sama.

Ini adalah disebabkan oleh sifat cleft hand dan foot ini yang diwarisi dalam dominan autosomal. 

 

Kecacatan cleft hand dan foot ini dapat dikesan melalui Sono Ultrasound melalui sesi Details Scan. 

Translate »