Date Release: 14/7/2023
Clench Fist : Bayi Genggam Tangan Tanpa Lepas
Antara salah satu perkara yang akan diberi perhatian sewaktu sesi details scan, Sono Ultrasound ialah samada bayi mengenggam tangan (clench fist) tanpa lepas dimana tangan janin berada dalam kedudukan
yang tetap (kekal) dan mengenggam seolah-olah tidak dapat diluruskan.
Antara punca mengapa bayi hanya mengenggam tangan adalah kerana:
Variasi otot di sepanjang margin jejarian lengan bawah dan tangan
Ketiadaan otot thenar
Masalah kecacatan pada tendon
Berlaku perlekatan
Terdapat beberapa syndrome yang dikaitkan dengan Clenched Fist ini :
Patau Syndrome (Trisomi 13)
Edward Syndrome (Trisomi 18)
Bagi anomali clenched fist ini, jari telunjuk bertindih dengan Ibu jari. Kedudukan ini adalah tetap semasa pemeriksaan Sono Ultrasound dan menunjukkan ciri-ciri Trisomi 18.
Antara ciri-ciri lain Trisomi 18 @ Edward Syndrome ialah :
Kelainan bentuk dada dan kaki
Masalah pada jantung
Masalah pada paru-paru, ginjal dan usus
Bentuk kepala yang kecil
Rahang yang kecil
Clenched Fist
Kedudukan telinga yang rendah
Bayi yang dilahirkan dengan Edward Syndrome ini kebanyakannya meninggal didalam kandungan dan hanya sebilangan kecil dapat bertahan.
Lakukan pemeriksaan prenatal dan Sono Ultrasound secara berkala supaya kesihatan Ibu & kandungan dapat diperiksa.