Skip to content

Date Release: 28/8/2023

 

𝗖𝗼𝗿𝘁𝗶𝗰𝗼𝘀𝘁𝗲𝗿𝗼𝗶𝗱 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗮𝘆𝗶 𝗽𝗿𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 

 

Kandungan yang matang adalah di usia 37-42 minggu dikira matang, manakala bayi yang lahir sebelum 37 minggu adalah dianggap kelahiran pramatang. 

 

Bayi pramatang mempunyai organ-organ yang belum matang dan akan lebih terdedah kepada banyak masalah yang boleh membawa maut kepada bayi 

 

Risiko kelahiran pramatang ialah  

  • Kesukaran untuk bernafas secara normal 
  • Kesukaran menyusu 
  • Mudah kesejukan  
  • Masalah pada penglihatan 
  • Masalah pada usus dan saraf otak bayi 

 

Komplikasi adalah lebih teruk jika bayi lahir pramatang kurang dari 32minggu. 

 

Sekiranya terdapat simptom Kelahiran Pramatang ini rawatan yang akan diberikan adalah dengan pemberian Ubat untuk menghentikan dan mengurangkan kontraksi (contraction) supaya dapat melambatkahn masa bersalin 

 

Selain itu, Ibu akan diberi Ubat steroids untuk mematangkan paru-paru bayi sekiranya bayi lahir. Ubat yang digunakan oleh KKM ialah dexamethasone. 

 

Suntikan untuk mematangkan paru-paru bayi ini disuntik pada Otot di peha,lengan atau di punggung. 

 

Fungsi steroid ini ialah 

  • Mengurangkan risiko masalah pernafasan 
  • Mengurangkan risiko jangkitan kuman 
  • Mengurangkan risiko berlakunya masalah pada saluran pencernaan 
  • Mengurangkan risiko berlakunya pendarahan pada otak 
  • Mengurangkan risiko kematian 

 

Simptom kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang : 

  • Pecah air ketuban 
  • Keluar tanda lendiran bercampur darah daripada faraj 
  • Sakit kontraksi yang kerap 
  • Terdapat masalah kesihatan pada Ibu atau bayi yang memerlukan bayi lahir awal 

 

Pemeriksaan Sono Ultrasound banyak membantu memeriksa keadaan bayi dalam kandungan supaya pelan kelahiran dapat dirangka untuk mengelakkan masalah sewaktu proses kelahiran 

 

Sekiranya Ubat untuk menghentikan kontraksi sudah diberi tetapi Ibu masih mengalami kontraksi dan kelahiran pramatang masih juga berlaku, persiapan kelahiran buat bayi pramatang perlu dilakukan 

Translate »