Skip to content

Blog: Cyst ketika hamil

Date Release: 6/10/2023

Bahayakah Cyst Pada Ibu Hamil? 

 

Ovarian cyst adalah perkara biasa semasa kehamilan awal, walaupun anda tidak lagi datang haid. 

 

Kebanyakannya cyst ketika hamil ini dikesan secara tidak sengaja sewaktu sesi Sono Ultrasound kerana ia berada berdekatan rahim 

 

Biasanya, cyst ini tidak berbahaya, tetapi terdapat beberapa masalah yang mungkin berlaku jika cyst terus membesar sepanjang kehamilan. Cyst ini mungkin pecah, berpintal, atau menyebabkan masalah semasa bersalin 

 

Terdapat dua jenis ovarian cyst wanita hamil: 

 

  • Functional Ovarian Cyst 

Terjadi kerana ia adalah sebahagian daripada kitaran haid biasa. Ia tidak berbahaya. 

  • Pathology Ovarian Cyst 

Ia terbentuk akibat pertumbuhan sel yang tidak normal. Ia jarang berlaku dan boleh menjadi kanser (malignan). 

 

Jika Functional Ovarian Cyst ditemui semasa kehamilan, ia tidak menyebabkan sebarang masalah pada anda atau bayi anda. Jenis ini biasanya kecil, kurang daripada 5cm. 

 

Jika anda mempunyai PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) kemungkinan berlaku peningkatan risiko diabetes semasa mengandung, tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan, keguguran dan juga kelahiran pramatang. 

 

Jika cyst terus membesar, kemungkinan pembedahan diperlukan untuk membuangnya, bergantung kepada pemantauan pakar. Dikhuatiri cyst besar lebih berkemungkinan menyebabkan masalah di kemudian hari. 

 

Kesimpulannya, cyst semasa hamil adalah sangat jarang berlaku dan ia tidak bermakna anda menghidap kanser. Sebaik sahaja anda dikesan mempunyai cyst sewaktu hamil, anda akan segera dirujuk kepada pakar untuk pemeriksaan secara berkala bagi memastikan sebarang risiko dapat dielak. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »