Date Release: 4/10/2023
Diphallia pada janin lelaki
Apa Itu Diphallia?
Diphallia adalah keadaan genetik yang terjadi di mana seseorang mempunyai dua buah zakar.
Duplikasi zakar atau diphallia adalah anomali kongenital yang jarang berlaku dengan punca patofisiologi yang tidak jelas. Kebanyakan kes diphallia dilaporkan selepas bersalin namun, hari ini dengan penggunaan Sono Ultrasound resolusi tinggi, diagnosis dalam rahim terhadap banyak anomali kongenital adalah mungkin dapat dikesan.
Bahayakah Diphallia?
Diphallia adalah tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, diphallia dikaitkan dengan punca berlakunya masalah perubatan termasuklah masalah pencernaan dan saluran kencing.
Sebahagian dari kanak-kanak lelaki dengan diphallia juga mengalami perkara ini:
- putaran abnormal buah pinggang
- kelainan tulang kemaluan
- pengeluaran sperma yang tidak normal
- kecacatan kelahiran di mana buah pinggang tumbuh di luar badan
- ureter berganda
- buah pinggang tambahan
Diphallia adalah keadaan genetik yang berlaku semasa perkembangan janin.
Masalah genetik yang menyebabkan diphallia berlaku semasa perkembangan alat kelamin.
Pembedahan adalah satu-satunya pilihan rawatan untuk diphallia.
Diphallia boleh dikesan melalui Sono Ultrasound diklasifikasikan sebagai anomali terpencil. Sekiranya didapati janin menghidapi Diphallia, biasanya kandungan perlu melalui Ultrasound dengan lebih details dan terperinci bagi mengesan masalah kecacatan lain.
Persediaan semasa proses kelahiran perlu dilakukan untuk mengelakkan sebarang risiko kerana kebanyakan kes diphallia juga lahir bersama masalah kecacatan yang lain