Skip to content

Date Release: 5/9/2023

Dua kantung (Double Bleb Sign) bukanlah kembar 


Medical Mnemonics, knowledge, mcqs - A double bleb sign is a sonographic feature where there is visualization of a gestational sac containing a yolk sac and amniotic sac giving an appearance of


Double bleb Sign berupa dua buih kecil yang dapat dilihat melalui Sono Ultrasound yang sebenarnya adalah kantung kehamilan yang mengandungi kantung kuning telur dan kantung amniotik. 

 

Ia adalah ciri penting kehamilan dalam rahim dan ia adalah berbeza dengan kantung kehamilan kembar 

 

Terdapat tiga peringkat perkembangan janin. Iaitu kantung, embrio dan yolk sac boleh dikenal pasti melalui Sono Ultrasound, dan ia berguna dalam menentukan tarikh kehamilan. 

 

Cecair amniotik mengisi rongga amniotik, yang membesar lebih cepat dan apabila usia kandungan 16 minggu, membran amniotik tidak lagi dilihat sebagai dua bulatan kecil yang berasingan. 

 

Double bleb sign ialah tanda normal kehamilan tunggal (single pregnancy). Ciri-cirinya ialah dua bulatan kecil ( yolk sac dan amniotic sac), ia rapat antara satu sama lain. Salah satu dari bulatan itu kelihatan embryo didalamnya. 

 

Manakala, kehamilan kembar mempunyai dua yolk sac yang berasingan dan tidak mendekati satu sama lain dan tiada janin didalam kantung-kantung itu. 

 

Jadi, jangan sangka double bleb sign adalah kehamilan kembar ya mommies. Dapatkan pemeriksaan dan pentingnya follow up Ultrasound dengan Sonographer dan pakar terlatih. 

Translate »