Skip to content

Date Release: 24/7/2023

 

Nasib baik dapat detect awal! 

 

Kandungan luar rahim atau ectopic pregnancy adalah kes yang sangat berisiko buat ibu hamil 

 

Risiko Ectopic pregnancy tinggi jika ibu pernah mengalami : 

  • Ibu pernah mengalami ectopic pregnancy sebelum ini 
  • Ibu mengalami masalah tiub hydrosalpinx 
  • Ibu yang pernah mengalami jangkitan kuman pada organ pelvik 
  • Mengalami endometriosis 

 

Bagi kes Ectopic pregnancy ini, melalui Sono Ultrasound akan dapat dilihat rahim yang kosong dan bahagian luar rahim (ovari atau tiub fallopio) yang bengkak 

 

Kemudian, darah perlu diambil untuk diuji tahap beta hcg. Tahap beta hcg yang terlalu tinggi menunjukkan kehamilan luar rahim. Ibu perlu melalui pembedahan dengan segera  

 

Simptom Ectopic pregnancy : 

Pendarahan 

Sakit Perut yang teruk secara tiba-tiba 

Peluh, rasa dingin dan pitam 

Cirit birit 

Sakit pada hujung bahu kerana berlaku pendarahan dalaman yang menjejaskan organ lain (diafragma/rusuk) 

 

Ectopic pregnancy amat merbahaya terutamanya apabila kandungan telah pecah (rupture) dan sakit perut akan semakin kuat apabila kandungan hampir pecah.

 

Ectopic pregnancy boleh berlaku di ovari, tiub fallopio, serviks, abdomen lain dan juga luka ceaser. 

 

Rawatan kehamilan luar rahim : 

pembedahan laparoscopy atau laparotomi dimana tiub fallopio juga akan dibuang sekiranya hamil luar rahim berlaku disitu.

 

Amat penting buat ibu-ibu melakukan Sono Ultrasound seawal 6-7 minggu untuk memastikan kandungan berada di dalam rahim. 

 
Translate »