Date Release: 21/7/2023
Endometrial Polyps : Pendarahan berpanjangan sewaktu kitaran haid
Pendarahan berpanjangan dan banyak juga dikenali sebagai Endometrial Polyps. Ia berlaku dalam kitaran haid dan selepas persetubuhan.
Endometrial Polyps berlaku kerana endometrium (dinding rahim) tidak luruh keseluruhannya sewaktu haid. Tisu-tisu yang tidak luruh ini akan melekat pada dinding rahim.
Endometrial Polyps adalah berbeza dengan fibroid
Simptom Endometrial Polyps :
- Sukar hamil
- Kitaran haid tidak teratur
- Pendarahan yang banyak ketika haid
- Tompokan darah selepas menopaus
- Pendarahan berlaku antara kitaran haid
Punca Polyps :
- Berat badan berlebihan
- Gangguan Hormon : Hormon estrogen yang tinggi jadi punca pertumbuhan lapisan dalam rahim. Manakala kekurangan hormon progesterone, menjadi penyebab polyp berkembang dengan sangat aktif.
- Ubat Tamoxifen : ubat ini adalah untuk merawat tumor/kanser payudara , ia penyebab pertumbuhan polyp
- Keturunan
- Darah Tinggi
Sekiranya anda didapati menghidapi Endometrial Polyps selepas sesi Sono Ultrasound scan rahim, anda akan dirujuk kepada pakar dan melalui beberapa siri test iaitu:
Transvaginal Ultrasound
Histerosonografi atau Sonohysterography – Tiub nipis akan diletakkan didalam vagina dan air garam akan disuntik kedalam rahim dan cecair ini akan mengemvangkan rahim dan gambaran jelas keadaan dalam rahim dapat dilihat semasa Sono Ultrasound dijalankan.
- Biopsi Endometrium – Tisu dari lapisan rahim akan diambil dan sampel akan dihangar ke makmal bagi menguji samada terdapat sel-sel kanser.
- Curretage – Alat logam yang dipanggil curette akan memotong polyp tersebut.
- Hysteroscopy – Teleskop yang nipis akan dimasukkan kedalam rahim bagi membolehkan polyps dilihat.
Wanita disarankan untuk menjalani Sono Ultrasound scan rahim bagi memeriksa kondisi rahim agar tiada masalah berkaitan rahim.