Skip to content

Date Release: 14/8/2023

Fraser Syndrome

 

Sindrom Fraser melibatkan pelbagai kecacatan dan mempunyai lebih kurang 25% untuk risiko ini berulang di kalangan adik-beradik 

 

Sindrom Fraser ini dapat dikesan melalui Sono Ultrasound, antara yang dapat dilihat ialah terdapat lekatan jari atau jari kaki (dipanggil syndactyly) dan kecacatan pada buah pinggang 

 

Sindrom ini mempunyai simptom utama yang sama tetapi gejala sampingan yang berbeza. Jangka hayat bagi penghidap sindrom ini juga tidak sama. 

 

Antara ciri-ciri Fraser Syndrome ini ialah : 

  • Celah kelopak mata yang tidak terbentuk ( cryptophthalmos ) 
  • Cacat organ buah pinggang 
  • Cacat organ kelamin 
  • Saluran air mata yang cacat 
  • Kepala kecil 
  • Paru-paru yang tidak matang 

 

Dengan bantuan ujian Sono Ultrasound, dapat mengesan masalah paru-paru yang berlaku dimana terdapat penutupan & laluan yang sempit. 

 

Sindrom Fraser ini adalah kecacatan genetik, kebanyakan janin yang menghidapi sindrom jenis ini biasanya meninggal dalam kandungan atau sewaktu kelahiran. Bayi yang tidak terjejas teruk dengan tambahan kecacatan lain perlu dirawat dengan pembedahan 

 

Bayi yang mewarisi sindrom jenis ini, kedua-dua Ibu dan ayah mempunyai sekurang-kurangnya satu gen yang cacat. 

 
Translate »