Date Release: 16/8/2023
Ultrasound Gel
Semasa sesi Sono Ultrasound dijalankan, gel ‘sejuk‘ diletakkan diatas perut Ibu. Tahukah anda apakah fungsi gel itu?
Sono Ultrasound menggunakan gelombang bunyi bagi menghasilkan imej pada skrin. Sono Ultrasound menggunakan probe/transducer kecil yang berfungsi mengeluarkan gelombang ultrasound.
Gel Ultrasound yang selalu digunakan ketika sesi Sono Ultrasound juga tidak kurang pentingnya. Gelombang ultrasound tidak boleh menembusi udara dengan baik. Molekul-molekul udara akan mengganggu gelombang ultrasound tadi.
Bagi mengatasi masalah tersebut, gel Ultrasound digunakan, kerana gelombang ultrasound boleh menembusi cecair dengan elok. Gel Ultrasound dapat mengurangkan udara yang terdapat pada permukaan antara probe dengan abdomen. Terhasillah imej bayi yang lebih jelas.
Antara tujuan lain gel Ultrasound adalah untuk tujuan pelinciran, supaya dapat menggerakkan probe dengan lancar apabila melakukan imbasan Sono Ultrasound. Jika gel tidak digunakan, permukaan abdomen agak kasar dan Ibu akan berasa sakit.
Bahan-bahan yang digunakan bagi gel Ultrasound adalah tidak berbahaya kepada tubuh manusia dan gel boleh dilap dengan mudah menggunakan air atau tisu.
Jadi mommies dah jelas kan perlunya gel Ultrasound.