Skip to content

Date Release: 20/7/2023

 

Angin pasang berair / Hydrocele pada bayi dalam kandungan? 

 

Hydrocele atau angin pasang berair adalah apa bila terdapat cecair berkumpul didalam kantung disekeliling testis.

Ia selalunya berlaku pada bayi lelaki yang baru lahir 

 

Hydrocele dapat dilihat melalui Sono Ultrasound. Ia dapat dikesan pada bayi didalam kandungan terutamanya pada trimester terakhir. Ia tidak merbahaya dan akan surut secara semulajadi 

 

Punca berlakunya Hydrocele ialah : 

– Berlaku pembukaan pada pada abdomen / dinding perut bayi. (Selalunya bukaan ini akan tertutup dengan sendiri sewaktu bayi dilahirkan/pada umur 1-2 tahun)

– Berlakunya radang menyebabkan pembentukan cecair limpa. Jangkitan kuman pada testis / kanser testis boleh berlaku. Kebanyakannya banyak terjadi pada kanak-kanak lelaki dan remaja lelaki. 

– Bayi pramatang berisiko mendapat Hydrocele.

– Ia tidak mendatangkan kemudaratan, tetapi menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi  

– Hydrocele boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah telur/testis.  

– Ia kelihatan seperti bengkak dan tegang 

– Kaedah rawatan (sekiranya ia tidak hilang): 

 

Pembedahan Herniotomy  

Pembedahan yang sama sekiranya berlaku angin pasang (hernia). Satu torehan kecil akan dilakukan bagi membuang cecair dan kantung dipotong dan diikat supaya ia tidak membenarkan pergerakan usus kedalamnya lagi. Prosedur ini mengambil masa

15-30minit. 

 
Translate »