Skip to content

Date Release: 15/8/2023

Janin dengan Single Umbilical Artery

 

Single Umbilical Artery ialah masalah yang timbul sewaktu kehamilan yang jarang sekali berlaku 

 

Tali pusat seperti tiub panjang yang menghubungkan bayi kepada plasenta/uri. Tali pusat mengandungi 3 pembuluh darah (Dua arteri dan satu urat utama) yang berfungsi menyalurkan oksigen & nutrien. Bagi keadaan Single Umbilical Artery (SUA) ini, janin hanya mempunyai dua pembuluh darah (satu arteri dan satu urat utama) 

 

Risiko Single Umbilical Artery :  

  • Kemungkinan terdapat kecacatan pada janin 
  • Janin meninggal dalam kandungan 
  • Bayi lahir pramatang 

 

Melalui details scan, Sono Ultrasound, salah satu ciri-ciri penting yang akan diperiksa ialah SUA ini 

 

Bagi sesetengah kes, bayi yang mempunyai Single Umbilical Artery ini tidak mengalami apa-apa masalah lain. Bagi kes ini, ia dipanggil Isolated Single Umbilical Artery.  

 

Manakala, bagi sesetengah kes yang lain, keadaan Single Umbilical Artery ini hadir bersama kecacatan lain seperti masalah pada buah pinggang, usus, jantung dan masalah pada sistem saraf. Ia mungkin berkaitan dengan Edward Syndrome Dan Patau Syndrome.  

 

Single Umbilical Artery ini berpotensi tinggi pada kandungan kembar dan pada tali pusat yang melekat pada tepi plasenta (berbanding dengan tali pusat yang melekat pada tengah plasenta). 

 

Melalui details scan, Sono Ultrasound sebarang masalah berkaitan kandungan akan dirujuk kepada pakar dan perancangan serta rawatan dapat dirancang. 

 
 
Translate »