Skip to content

Blog: Kembar Siam

Date Release: 13/10/2023

Bagaimana kembar Siam berlaku? 

Kembar siam miliki 4 kaki, 4 tangan, 2 kepala - Kosmo Digital

Kembar siam atau Conjoined twins terjadi kerana dua embrio yang bercantum semasa persenyawaan, menghasilkan kembar yang bersambung secara fizikal, selalunya di bahagian perut, dada atau kepala 

 

Kembar siam adalah monozigot, dimana mereka bermula sebagai satu telur yang disenyawakan dan berpecah kepada dua embrio. Biasanya, apabila telur terbelah, bayi dilahirkan sebagai kembar seiras. Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, pemisahan embrio tidak lengkap 

 

Kembar siam juga boleh berkongsi satu atau lebih organ dalaman. 

 

Conjoined twins dapat dikesan melalui Sono Ultrasound pada trimester pertama atau kedua. Ibu dicadangkan melakukan ujian susulan untuk mengetahui lebih lanjut tentang badan kembar dan organ yang mereka mungkin kongsi. 

 

Walaupun ramai kembar siam tidak hidup apabila dilahirkan (lahir mati) atau mati sejurus selepas kelahiran, sesetengah kembar siam yang masih hidup boleh dipisahkan melalui pembedahan dan teknologi. Kejayaan pembedahan bergantung kepada di mana kembar disambungkan dan berapa banyak dan organ apa yang dikongsi, serta pengalaman dan kemahiran pasukan pembedahan. 

 

Tidak semua pasangan kembar siam dilahirkan dengan cara yang sama. Badan mereka disambungkan di kawasan yang berbeza: 

 

  • Dada (thoracopagus) 

Si kembar berhadapan antara satu sama lain dan bersambung di kawasan tulang rusuk. Mereka biasanya berkongsi satu hati dan cenderung mempunyai empat tangan dan empat kaki. 

  • Punggung (pygopagus) 

Mereka saling membelakangi dan mungkin berkongsi organ kemaluan, saluran penghadaman, saluran kencing dan tulang. Mereka mungkin mempunyai dua atau tiga kaki. 

Perut (omphalopagus atau xiphopagus) Kembar menghadap satu sama lain dan bersambung di bawah sternum. Mereka mungkin berkongsi hati, saluran hempedu, dan saluran penghadaman dan biasanya mempunyai empat tangan dan empat kaki. 

  • Kepala (craniopagus) 

Mereka bersambung di bahagian atas tengkorak dan otak mereka kadangkala bercantum. 

  • Pelvis (ischiopagus) 

Ia bersambung di pelvis. Mereka mungkin berkongsi hati, saluran hempedu, semua saluran penghadaman dan sistem kemaluan dan kencing.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »