Skip to content

Date Release: 4/9/2023

Kenapa perlu jarakkan kehamilan? 

 

Kelahiran yang rapat berisiko kelahiran pramatang, bayi yang lebih kecil dan kematian bayi dan ibu. 

 

Mengikut kajian, mencadangkan untuk memulakan kehamilan dalam tempoh enam bulan selepas kelahiran

selamat akan meningkatkan risiko 

  1. Kelahiran pramatang 
  2. Plasenta tertanggal dari dinding dalaman rahim sebelum bersalin (placental abruption) 
  3. Berat lahir yang rendah 
  4. Masalah kongenital 
  5. Skizofrenia 
  6. Anemia  

 

Kehamilan jarak dekat mungkin tidak memberi ibu masa yang cukup untuk pulih daripada kehamilan sebelum meneruskan kehamilan seterusnya 

 

Sebagai contoh, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan penggunaan simpanan nutrien Ibu, terutamanya folat. 

Ia boleh menjejaskan kesihatan Ibu dan  kesihatan bayi 

 

Proses penyembuhan dari kehamilan sebelumnya memerlukan masa untuk sembuh 

 

Untuk kesihatan ibu dan anak, seorang Ibu perlu menunggu sehingga anak sebelumnya berumur sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum hamil semula. 

 

Ibu yang melahirkan secara ceaserean, berisiko untuk mengalami scar rupture (risiko parut pecah), kerana itulah mereka digalakkan untuk merancang kehamilan. 

 

Kelebihan menjarakkan kehamilan 

  1. Lebih banyak masa untuk menyusu dan menjaga bayi 
  2. Badan ibu dapat pulih dan lebih bersedia untuk kehamilan seterusnya 
  3. Menyusukan bayi hanya dengan susu ibu untuk 6 bulan pertama dapat membantu menjarakkan kelahiran dengan cara yang sihat 
  4. Mengelakkan risiko kekurangan berat bayi 

 

Risiko kematian bagi bayi baru lahir meningkat dengan ketara jika kelahiran tidak dijarakkan. Terdapat peluang yang lebih tinggi bahawa bayi yang lahir terlalu awal (pramatang) dan berat badan terlalu sedikit. Bayi yang dilahirkan dengan berat badan kurang berkemungkinan sukar untuk membesar dengan baik, lebih mudah untuk menjadi sakit dan empat kali lebih berisiko untuk mati pada tahun pertama kehidupan berbanding bayi dengan berat normal. 

Translate »