Skip to content

Date Release: 14/7/2023


Kerap Buang Air Kecil Sewaktu Hamil

 

Rata-rata ibu yang mengandung pasti akan alami perkara ni kan 

 

Kerap ulang alik ke tandas kerana buang air kecil adalah normal terutamanya ketika hamil kerana tekanan dari kandungan/rahim. Peningkatan tekanan abdomen ini kerana rahim berada berdekatan dengan pundi kencing. Kerana tekanan pada pelvis dan beri tekanan beban pada pundi kencing  

 

Semakin besar usia kandungan, semakin kerap ibu-ibu akan membuang air kecil dengan kerap. Bayi yang semakin membesar berada semakin hampir dan menekan pundi kencing 

 

Jika diperhatikan melalui imej Sono Ultrasound, semakin besar bayi semakin nipis/dekat jarak bayi dengan pundi kencing  

 

Punca lain kekerapan buang air kecil ialah 

  • – Kencing kotor : atau Urinary Tract Infection (UTI) berlaku akibat jangkitan bakteria. 

  • – Diabetes sewaktu hamil 

  • – Mengambil kafein terlalu banyak 

  • – Ubat yang beri kesan sampingan : buang air kecil dengan banyak. 

 

Pada minggu awal kehamilan, diantara simptom-simptom awal kehamilan juga adalah kekerapan buang air kecil kerana peningkatan aliran darah dan cecair menyebabkan ginjal berfungsi pada tahap optimum membuang sisa cairan dari badan. 

 

Jadi mommies jangan risau ya! Sentiasa alert dengan sebarang perubahan dan jika ragu-ragu segeralah dapatkan rawatan. 

Translate »