Skip to content

Date Release: 11/9/2023

Ketulan Pada Payudara Bahaya Atau Tidak?

 

Fibroadenoma: MedlinePlus Medical Encyclopedia Image

 

Fibroedema atau ketulan pada payudara adalah ketumbuhan yang bukan kanser. Ia terdiri daripada tisu berserat & berkelenjar 

 

Fibroedema ini akan hilang dari semasa ke semasa dan ia tidak merbahaya. Ketulan ini mudah bergerak di bawah kulit sekiranya diperiksa. 

 

Jenis Fibroedema :  

 

  • Fibroadenoma kompleks 

Sampel tisu yang diambil akan diuji dan didiagnosis 

  • Giant Fibroadenoma 

Ketumbuhan ini boleh menjadi lebih besar. Ia mungkin perlu dikeluarkan kerana ia berpotensi menekan atau menggantikan tisu payudara yang lain. 

  • Fibroadenoma Juvenile  

Benjolan payudara jenis ini kerap dikesan oleh kanak-kanak perempuan dan remaja antara umur 10-18 tahun. Ia boleh membesar dan Kebanyakannya akan mengecut semula dari semasa ke semasa 

  • Tumor Phyllodes  

Kungkinan tumor jenis ini boleh menjadi kanser (malignant). Doktor biasanya mengesyorkan agar ketumbuhan ini dikeluarkan. 

 

Segera dapatkan temu janji dengan doktor anda jika: 

 

  • Mengesan ketulan payudara baru 
  • Anda perasan perubahan lain pada payudara anda 
  • Ketulan payudara yang anda periksa sebelum ini telah membesar atau sebaliknya. 
  • Berubah dan kelihatan berasingan daripada tisu payudara di sekelilingnya. 
 
Punca terjadinya fibroadenoma tidak diketahui, tetapi ia mungkin berkaitan dengan hormon estrogen. Fibroadenoma boleh menjadi lebih besar semasa mengandung atau dengan penggunaan terapi hormon, dan mungkin mengecut selepas menopaus, apabila tahap hormon menurun. 

 

Fibroadenoma dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal awal jika ia cukup besar. Jika anda disyaki menghidap fibroadenoma, Sono Ultrasound dapat digunakan untuk mengesahkannya 

 

Awasi sebarang kelainan pada Payudara dan segera dapatkan pemeriksaan & rawatan. 

Translate »