Date Release: 7/8/2023
Late Period : Berita baik atau tidak?
Bagi setiap wanita adalah penting untuk mencatat tarikh mula dan akhir haid dan penting buat wanita untuk tahu kitaran haid setiap bulan. Kitaran haid yang normal setiap bulan ialah diantara 24 hingga 38 hari.
Kitaran haid buat setiap wanita adalah berbeza. Buat sesetengah wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap, mereka boleh menjangka haid yang akan datang. Antara punca lewat haid :
Hamil
Buat wanita yang berkahwin dan menantikan cahaya mata, ini adalah antara perkara pertama yang harus dijangka. Lakukan ujian air kencing (UPT) menggunakan air kencing yang pertama selepas bangun dari tidur. Selain itu, Sono Ultrasound dapat mengesan kantung kehamilan dan jangka usia kandungan
PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)
Lewat period/haid juga salah satu tanda anda menghidapi PCOS. Ia boleh menjadi punca kesukaran mendapat cahaya mata.
Gangguan hormon
Gangguan hormon seperti hormon stress, fizikal dan mental mengganggu kesuburan dan period wanita.
Obesiti
Wanita yang obese seringkali mengalami kitaran haid yang tidak menentu. Makanan tinggi kolesterol, makanan segera yang mengandungi bahan pengawet yang tinggi, minuman dan makanan yang tinggi gula mengundang obesiti seterusnya mengganggu kitaran haid. Sekiranya hamil, obesiti banyak mendatangkan kemudaratan kepada kandungan.
Cyst,Fibriod & kanser ovari
Lewat period adalah salah satu punca kepada terjadinya cyst, fibroid dan kanser ovari. Melalui Sono Ultrasound dapat mengesan masalah ini.
Premenopause dan perimenopause
Sebelum menopause, wanita dikalangan umur 40 tahun keatas akan mengalami tanda-tanda untuk menopause (putus haid), salah satu darinya ialah lewat datang haid. Ini kerana dikalangan umur ini, ovulasi tidak lagi berlaku dan perubahan hormon ini mengganggu kitaran haid.
Sentiasa peka dengan setiap perubahan pada diri dan dapatkan rawatan dan periksalah rahim sekurang-kurangnya dua kali setahun.