Skip to content

Blog: Makanan pertama bayi anda

Date Release: 20/10/2023

Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memperkenalkan Makanan Kepada Bayi Anda

Setelah kelahiran bayi, waktu yang ditunggu-tunggu selain daripada melihat sendiri perkembangan bayi anda seperti meniarap, waktu pertama kali bayi anda makan adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu sekali.  Waktu yang disarankan
untuk bayi mula makan ialah sewaktu berusia 6 bulan (mengikut Konsultansi Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkenaan dengan Tempoh Optimum Bagi Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif (WHO, 2001)) Adalah penting untuk anda tahu bahawa setiap bayi adalah berbeza, dan kesediaan untuk makan makanan pepejal juga boleh berbeza-beza.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan supaya bayi disusui secara eksklusif atau diberi susu formula untuk enam bulan pertama selepas lahir. Sekitar enam bulan, kebanyakan bayi sudah bersedia untuk mula mencuba makanan pepejal sebagai tambahan kepada penyusuan susu mereka.

Mari periksa beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda telah bersedia untuk mula makan makanan pejal :

·        Bayi boleh menahan kepalanya dengan stabil dan duduk dengan sokongan yang minimum. Ini adalah penting kerana dapat memastikan anak anda dapat menelan makanan dengan selamat dan mengelakkan daripada tercekik.

·        Jika bayi anda mula menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan orang lain, mula untuk mencapainya, atau kelihatan teruja apabila melihat orang lain makan, mereka mungkin telah bersedia untuk mencuba makanan pejal.

·        Refleks lidah iaitu refleks lidah bayi, yang secara automatik menolak makanan keluar dari mulut mereka. Refleks ini melindungi mereka daripada tercekik.

·        Keupayaan bayi untuk menelan makanan.

Antara prinsip-prinsip dalam memeperkenalkan makanan kepada bayi mengikut cadangan KKM ialah :

·        Makanan hanyalah sebagai pelengkap, disamping penyusuan susu masih diteruskan sehingga dua tahun.

·        Beri makanan yang mencukupi kepada bayi anda bagi memenuhi keperluan tenaga. Seterusnya tingkatkan amaun makanan mengikut umur.

·        Tekstur makanan dan cara penyediaan makanan perlu lah diubah secara beransur-ansur mengikut umur bayi serta sesuai dengan perkembangan serta keupayaan bayi.

·        Beri anak anda pelbagai jenis makanan supaya semua keperluan nutrien dipenuhi. Contohnya, daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap.

·        Cara penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan haruslah dilakukan secara selamat.

·        Sekiranya anak anda sakit, berikan anak anda lebih air dan cecair lain dan berikan hidangan dengan kuantiti yang kecil tetapi kerap.

·        Bayi perlu disuap manakala kanak-kanak kecil perlu dibantu apabila mereka 
makan sendiri dan berilah mereka makan dengan perlahan dan penuh kesabaran tanpa dipaksa. 


Mommy boleh mengikut jadual kekerapan makanan dibawah sebagai panduan mengikut umur bayi :

6 – 8 bulan :
2 – 3 kali sehari dengan 1-2 kali snek berkhasiat
9 – 11 bulan : 3 – 4 kali sehari dengan 1-2 kali snek berkhasiat
1 – 3 tahun : 4 – 5 kali sehari dengan 1-2 kali snek berkhasiat

Harus diingat ya mommy, makanan pepejal haruslah melengkapi, bukan menggantikan sekurang-kurangnya penyusuan susu adalah sehingga bayi berumur sekitar 12-24 bulan.
Peralihan kepada makanan pepejal adalah secara beransur-ansur, dan bayi masih
akan bergantung terutamanya pada susu (susu ibu/formula) untuk keperluan
pemakanan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »