Skip to content

Date Release: 22/8/2023

𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗙𝗲𝘁𝗮𝗹 𝗗𝗼𝗽𝗽𝗹𝗲𝗿 𝗱𝗶 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗔𝘁𝗮𝘂 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸?

Bumil Ingin Gunakan Fetal Doppler Rumahan? Ketahui Manfaat dan Risikonya

 

Ibu hamil akan sentiasa peka dengan pergerakan bayi didalam kandungan. Kadangkala Ibu ambil mudah,dan dapatkan Fetal Doppler di rumah untuk mendengar sendiri bunyi jantung bayi. 

 

Mengapa Home Doppler tidak digalakkan? 

Ibu yang menggunakan Fetal Doppler sendiri di rumah berisiko mendengar degupan jantung yang salah.  

Pegawai Perubatan, dan nurse memerlukan masa dan latihan untuk mendapatkan dan membezakan degupan jantung bayi dengan degupan dari Ibu. 

 

Fetal Doppler adalah berbeza dengan mesin Sono Ultrasound. Masing-masing memerlukan kepakaran dan latihan 

 

Kemungkinan bayi berada dalam keadaan ‘distress’ tetapi disangka bayi ok dan selamat selepas Ibu menggunakan Home Doppler ini, dan bertangguh untuk membuat pemeriksaan bayi dan komplikasi boleh berlaku 

 

Fetal Doppler ini menghasilkan gelombang yang apabila terkena saluran darah, dan memantulkan bunyi.Risiko Fetal Doppler ini terkena pada saluran darah Ibu dan menghasilkan bunyi yang Ibu sangka datangnya dari degupan jantung bayi 

 

Sekiranya Ibu dapati kurangnya pergerakan anak dalam kandungan, segeralah lakukan pemeriksaan bayi dalam kandungan untuk mengelakkan masalah atau risiko Kematian janin dalam kandungan 

 

Ibu akan diperiksa melalui pemeriksaan Sono Ultrasound untuk melihat dengan jelas punca dan mendengar degupan jantung bayi dengan bantuan pakar. 

 
Translate »