Skip to content

Date Release: 4/8/2023

Perlu ke buat Sono Ultrasound 

 

YES! Perlu 

Ikut jadual yang ditetapkan. Dan jangan sia-siakan peluang lakukan details scan.  

 

Apa tu details scan?  

Details scan ialah Sono Ultrasound yang menggunakan imej 2D untuk melihat anggota bayi dalam kandungan secara details/menyeluruh seperti otak, jantung, anggota badan dan organ dalaman yang lain, air ketuban, kedudukan uri, posisi bayi, jantina 

 

Mommy tahukan, kebanyakan masalah & abnormalities dapat dikesan pada sesi details scan ini 

Info tentang details scan

 

Bagi sesetengah kes, ada ibu-ibu yang diwajibkan melakukan details scan. 

 

Sono Ultrasound dicadangkan untuk dilakukan pada :  

A) Trimester Pertama : untuk mendapatkan tarikh jangka bersalin, menentukan usia kandungan, memeriksa samada kandungan singleton atau twin (kembar). 

 

B) Trimester Kedua : Details Scan, Growth Scan. 

 

C) Trimester Ketiga : Memeriksa kedudukan/posisi bayi dalam kandungan, memeriksa tumbesaran bayi, mengujur air ketuban 

 

Ibu-ibu hamil perlu melakukan sesi growth scan secara berkala. Biasanya ibu-ibu akan diberi tarikh untuk berjumpa doktor untuk sesi ini sekiranya ibu memilih untuk antenatal checkup di klinik kesihatan. 

 

Sentiasa ikut temujanji yang ditetapkan supaya kesihatan ibu & anak dalam kandungan dapat dipantau. 

 
Translate »