Skip to content

Date Release: 21/7/2023

 

Perlu ke FOLIC ACID saat hamil? 

 

Spina Bifida, Anencephaly, dan Encephalocele adalah antara kecacatan bayi disebabkan kekurangan atau Folic Acid sewaktu hamil yang dapat dikesan melalui Sono Ultrasound. 

 

Spina bifida : terkeluar saraf tunjang dibelakang badan 

– Anencephaly : tiada tempurung kepala dan otak 

Encephalocele : tengkorak bayi tidak berkembang dengan sempurna dan sebahagian otak berada di luar tengkorak 

 

Jadi YA perlu 

 

Folic acid ialah salah satu komponen vitamin B9 atau disebut folat yang diperlukan oleh tubuh badan untuk penghasilan sel baru 

 

Mengikut kajian, antara faktor yang dapat mengurangkan kes NTD adalah dengan pengambilan folic acid. 

 

Makanan yang tinggi folic acid juga boleh diambil. Sumber makanan yang tinggi acid folic ialah yang diperkaya dengan bijirin. Ia bagi mengelakkan bayi mendapat kecacatan di tiub saraf atau Neural Tube Defect (NTD). Kecacatan ini bermula seawal 1 bulan usia kandungan. 

 

Sistem saraf mula terbentuk pada usia 3-4 minggu. 

 

Anencephaly ialah bayi tanpa tulang kepala/tengkorak. Kerana keadaan ini, sebahagian otak juga turut hilang. Risiko bagi anencephaly untuk hidup adalah tipis. Ketidaknormalan juga pada muka dan leher bayi tersebut 

 

Pemeriksaan awal usia kandungan 11-14 minggu dan details scan Sono Ultrasound dapat mengesan ketidaknormalan ini 

 

Khasiat Folic Acid ialah : 

Untuk perkembangan sel darah merah dan mencegah anemia 

Mengurangkan risiko kecacatan fizikal antaranya cleft palate, masalah jantung 

Menguatkan tulang bayi 

Pembentukan sel baru 

 

Seelok-eloknya bincang dengan doktor jika anda tidak dapat mengambil folic acid secara terus. 

 

Mommies jangan skip folic acid ya!

Translate »