Date Release: 14/8/2023
Pernah alami Chemical Pregnancy?
Pernah tak mommy gunakan UPT, pada mulanya positif dan berapa hari kemudian ujian UPT dilakukan semula dan keputusannya negatif?
Kehamilan kimia ialah keguguran yang paling awal berlaku sejurus selepas implantasi, malah mungkin sebelum janin dapat dikesan melalui Sono Ultrasound dan kadangkala Ibu yang mengalaminya juga tidak menyedarinya.
Bagi mengesahkan keguguran kimia/ chemical pregnancy, ujian darah boleh dilakukan.
Antara punca kemungkinan berlakunya chemical pregnancy ini ialah :
- Kecacatan pada embrio
- Masalah kualiti sperma dan telur
- Berlakunya implantasi did luar rahim
- Berlakunya jangkitan seperti sifilis
Tiada gejala khas bagi Ibu yang mengalaminya, tetapi kemungkinan simptom chemical pregnancy ialah :
- Sakit senggugut/nyeri lebih dari kebiasaan
- Darah yang keluar lebih dari kebiasaan sewaktu haid.
- Tahap HCG yang rendah
- Kekurangan simptom kehamilan
Risiko kehamilan kimia terjadi sekiranya terdapat :
- Kelainan pada rahim
- Tahap hormon yang terlalu tinggi atau terlalu rendah
- Wanita yang mengalami masalah tiroid, PCOS
- Wanita yang mendapat jangkitan seksual.
- Wanita yang berumur 35tahun ke atas
Jangan risau sekiranya Ibu pernah melalui kehamilan kimia, kerana ia tidak semestinya mengganggu kehamilan seterusnya. Bagaimanapun sekiranya kehamilan kimia berlaku berulang kali, dapatkan rawatan ya mommies.