Date Release: 15/8/2023
Perut Sakit Dan Kerap Mengeras
Kebanyakan Ibu hamil mesti tertanya-tanya kan kenapa perut kerap mengeras ketika hamil. Normal atau tidak?
Rahim yang normal adalah yang berbentuk seakan pear dan terletak diruang pelvis. Terdapat ruang kosong didalam rahim untuk bayi membesar. Diantara ruang kosong itu pula terdapat otot-otot yang boleh mengembang dan mengecut.
Sewaktu hamil, bayi yang semakin membesar menyebabkan dinding rahim semakin menipis dan otot-otot itu kadangkala menguncup dan mengendur. Inilah punca mengapa Ibu kerap merasa perut mengeras semasa hamil.
Punca-punca perut mengeras ketika hamil :
1. Sifat Otot adalah menguncup dan mengendur. Dan kerana bayi yang semakin membesar membuatkan Otot menjadi tegang.
2. Keguguran – Situasi adalah berbeza bagi setiap Ibu. Perut yang mengeras kemungkinan adalah petanda anda mungkin akan keguguran
Bagi memastikan rahim kekal ditempatnya, ’round ligament’ yang berada di sisi kiri dan kanan rahim akan menyerap sebarang tekanan dan Otot inilah yang membuatkan perut terasa mengeras.
3. Braxton Hicks atau false contraction. Ia berlaku apabila rahim ‘mencuba‘ untuk mengeras sebagai persediaan untuk proses kelahiran nanti. Bagi mengatasi Braxton Hicks, Ibu perlu cuba berehat dan minum air secukupnya dan false contraction ini akan hilang.
4. Tanda hendak bersalin – Perhatikan pattern sela masa terutamanya di penghujung kehamilan.
5. Irritable uterus boleh menjadi bahaya atau mungkin juga tidak. Ia berbeza berbanding Braxton Hicks. Irritable Uterus boleh menjadi punca kelahiran pramatang.
Jadi, bukan bayi atau perut yang mengeras ya.
Sekiranya mommies merasa risau, segeralah berjumpa pakar ya. Jangan merasa teragak-agak kerana langkah berjaga-jaga perlu diambil.