Skip to content

Date Release: 21/8/2023

Placenta dikeluarkan secara manual selepas bersalin

 

‘Manual Removal of Placenta’ (MRP) adalah proses mengeluarkan uri yang melekat (retained placenta) selepas bayi dilahirkan 

 

Uri/Placenta melekat pada dinding rahim dan ia adalah organ yang berkembang dalam rahim Ibu semasa kehamilan. Ia membekalkan oksigen dan nutrien kepada bayi dan mengeluarkan bahan buangan daripada darah bayi 

 

Selepas bayi dilahirkan, uri perlu dikeluarkan dari rahim Ibu. Kebiasaannya, uri akan lekang dengan sendiri dan proses ini boleh dipercepatkan dengan :

  • Ubat SyntometrineUbat ini dicucuk di peha atau di punggung Ibu selepas bayi lahir 
  • Uterine Massage 
  • Controlled Cord Traction – menarik tali pusat 
  • Manual Removal of Placenta – mengeluarkan placenta secara manual sekiranya kesemua cara diatas tidak berjaya 


Uri perlu dikeluarkan dalam masa 30minit selepas bayi lahir. Uri yang melekat kuat ini dipanggil Retained Placenta. 

**Info mengenai uri melekat.

 

Uri melekat perlu dikeluarkan dengan Manual Removal of Placenta dengan :

  • Bius penuh 
  • Spinal 
  • Sedation  

 

Bius diperlukan ketika proses secara MRP ini dilakukan kerana ia agak sakit. Prosedur ini dilakukan di dewan bedah. Placenta yang dikeluarkan akan diperiksa samada ia lengkap atau sebahagian sisa masih ada didalam rahim 

Translate »