Skip to content

Date Release: 27/7/2023

 

Bahaya Uri Rendah @ Placenta Previa 

 

Sebelum tu, jom kita tengok apa tu Placenta? 

 

Placenta ialah organ yang berfungsi sebagai sistem sokongan hidup membawa oksigen dan makanan untuk bayi yang sedang membesar 

Placenta Previa akan membahayakan nyawa ibu dan bayi sekiranya tidak dikesan dengan lebih awal. Ia boleh menyebabkan pendarahan 

 

Apa tu Uri Rendah @ Placenta Previa?  

Placenta Previa atau uri rendah ialah kedudukan uri yang menutupi pintu serviks (laluan dimana bayi dilahirkan) atau berada di bahagian bawah berhampiran dengan serviks 

Adalah normal jika uri berada dibawah diperingkat awal kehamilan. Dan semakin kandungan membesar, uri akan naik keatas semula. Sekiranya uri masih berada dibawah selepas 28minggu, ia dipanggil Placenta Previa.  

 

Macam mana nak tahu uri rendah atau tak? 

Placenta Previa dikesan melalui Sono Ultrasound. Kebanyakan kes uri rendah dikesan apabila Sono Ultrasound dilakukan  pada trimester kedua atau apabila berlakunya pendarahan sewaktu hamil (Sono Ultrasound akan dibuat).  

Dengan teknologi Sono Ultrasound, placenta Previa dapat dikesan dengan lebih awal, dan rawatan dapat dilakukan dengan lebih awal 

 

Jenis – jenis Placenta Previa : 

 

Type  1 (Low lying) – Uri yang berada dibawah rahim hanya jarak beberapa sentimeter / lebih kurang 2cm dari pintu rahim (tidak menutupi pintu rahim) 

 

Type 2 (Marginal) Uri menyentuh tapi tidak menutupi pintu rahim 

 

Type 3 (Partial) Uri menutupi sebahagian pintu rahim 

 

Type 4 (Complete) Uri menutupi keseluruhan pintu rahim 

 

Risiko Uri Rendah/ Placenta Previa : 

Pendarahan @ Bleeding  

Kelahiran Pramatang 

– Placenta Previa Type 3 dan 4 biasanya perlu melahirkan secara c-section  

Risiko mengalami placenta yang melekat atau placenta accreta sewaktu proses mengeluarkan uri boleh menyebabkan pendarahan yang teruk. 

 

Kedudukan uri yang normal, haruslah tidak menutupi pintu rahim/cervix. 

 

Rawatan Placenta Previa 

Masih tiada rawatan perubatan atau pembedahan bagi mengubati Placenta Previa. 

 

Kebiasaannya doktor akan mengesyorkan ibu untuk ‘bed rest’ dan berehat dari melakukan aktiviti lasak yang boleh menyebabkan bleeding/pendarahan. 

 

Ibu juga mungkin perlu ditahan di wad buat sementara waktu bagi memudahkan doktor untuk memeriksa keadaan ibu dan kandungan dimana Sono Ultrasound akan dilakukan. 

Translate »