Date Release: 16/10/2023
Polysplenia Syndrome
Polysplenia Syndrome terjadi apabila terdapat dua atau lebih limpa dengan pelbagai kelainan kongenital dalam perut dan dada.
Bayi yang menghidapi Polysplenia Syndrome ini berisiko untuk meninggal kerana sindrom ini biasanya hadir dengan keabnormalan pada jantung dan hempedu.
Sesetengah pesakit hanya mengalami kecacatan kardiovaskular ringan atau anomali pada organ perut, yang biasanya didiagnosis secara kebetulan pada masa dewasa.
Hanya 10% daripada penghidap Polysplenia yang tidak mempunyai anomali jantung boleh mencapai usia dewasa.
Tiada penyebab khusus yang menjadi punca kepada sindrom ini, bagaimanapun kemungkinan punca Polysplenia adalah masalah genetik dan faktor teratogenik.
Limpa tidak dilihat pada pemeriksaan Sono Ultrasound pada janin, menunjukkan Sindrom polysplenia.