Skip to content

Date Release: 16/8/2023

Rancang untuk Hamil?

Jom semak perkara yang perlu mommies buat untuk elak kecacatan pada bayi.

 

Kecacatan bayi adalah kelainan pada struktur anggota/organ bayi yang terjadi diawal kandungan semasa proses tumbesaran bayi berlaku 

 

Kebanyakan Kes Kecacatan pada bayi dalam kandungan dapat dikesan melalui Sono Ultrasound terutamanya melalui details scan. (Bagi kes kecacatan genetik, soft marker atau tanda-tanda Kecacatan dapat dikesan melalui Sono Ultrasound. Ujian lebih details diperlukan untuk mengesahkannya). 

 

Impian buat semua pasangan ialah beroleh anak yang sihat dan sempurna.

Ada beberapa perkara yang Ibu boleh amalkan sebelum Hamil, malah semasa kehamilan : 

 

  • Amalkan Acid Folik sebelum dan semasa hamil 
  • Terdapat beberapa jenis kecacatan yang berpunca dari kekurangan acid folik seperti Anencephaly dan Spina Bifida. 
  • Elakkan pengambilan alkohol 

Pengambilan alkohol membahayakan kandungan, meningkatkan risiko keguguran, kecacatan fizikal seperti Fetal Alcohol Spectrum Disorder. 

 **Info tentang kesan pengambilan alkohol

  • Lakukan pemeriksaan rahim/scan rahim untuk memeriksa sebarang permasalahan sekiranya ada berkaitan organ peranakan. 
  • Sentiasa mengikut jadual pemeriksaan Sono Ultrasound secara berkala sekiranya sedang hamil supaya sebarang masalah berkaitan kandungan dapat dikesan. 
  • Menghentikan tabiat merokok 

Antara kesan tabiat merokok ialah kelahiran pramatang dan kecacatan. 

  • Mengamalkan gaya hidup seimbang  

Mengamalkan pemakanan yang sihat, mengawal berat badan akan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi dan diabetes yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan masalah kecacatan pada kandungan 

 

Dapatkan pendapat doktor tentang ubat-ubatan yang perlu diambil adakah sesuai dan selamat. 

 
Translate »