Skip to content

Date Release: 30/8/2023

 

Recurrent Pregnancy Loss @ Keguguran Yang Berulang 

 

Keguguran berlaku dengan banyak sebab. Bagi sesetengah Wanita, mereka mengalami keguguran yang berulang atau RPL (Recurrent Pregnancy Loss).  

 

Keguguran yang berulang ialah keadaan dimana seorang Ibu melalui lebih daripada 2 kali keguguran (clinical pregnancy) sebelum usia kandungan mencapai usia 20minggu. 

 

Ibu-ibu yang mengalami keguguran yang berulang ini seringkali memikirkan samada telah menjadi punca keguguran. Bagaimanapun, RPL ini selalunya adalah natural proses yang telah menyebabkan keguguran berulang 

 

Keguguran Kehamilan Klinikal ini akan diuji menggunakan Sono Ultrasound dan Ujian Darah. Kebanyakannya, kehamilan dapat dikesan seawal 5 atau 6 minggu (lebih jelas melalui TVS) 

 

Antara punca Recurrent miscarriage ialah 

  • Kelainan pada rahim seperti Fibroid, Polyps. 
  • Kelainan kromosom pada janin. Bagi sesetengah kandungan yang mempunyai kelainan kromosom ini, menandakan kandungan yang ‘tidak sihat’ Dan cenderung untuk gugur 
  • Thrombophilia – Dimana darah mudah membeku 
  • Permasalahan pada antibodi seperti Antiphospholipid syndrome (APS) 
  • Masalah kencing manis yang kronik, Thyroid dan PCOS. 

 

Antara ujian-ujian untuk memastikan punca keguguran yang berulang 

  • Pemeriksaan rahim melalui Sono Ultrasound perlu dilakukan untuk memeriksa sebarang abnormaliti. Ia boleh juga dilakukan dengan Transvaginal Ultrasound, HSG, MRI. 
  • Ujian genetik dengan Karyotyped (Ibu dan Ayah). Ujian ini memastikan pembawa genetik yang abnormal.  
  • Memeriksa Antiphospholid Syndrome melalui Ujian Darah. 
  • Ujian darah bagi memeriksa sekiranya terdapat masalah Thyroid. 

 

Rawatan bagi mengatasi masalah keguguran yang berulang : 

  • Pembedahan dapat menyelesaikan beberapa masalah pada rahim seperti Fibroid, Polyps.   
  • Pemeriksaan Genetik 
  • Ubat cair darah akan diberi buat Ibu yang mengalami Thrombophilia seperti aspirin atau heparin dos rendah. Ia mengelakkan masalah Thrombophilia dan mengurangkan risiko keguguran 
  • Rawat masalah lain yang boleh mengakibatkan keguguran seperti masalah tiroid, masalah diabetes 
  • Pemilihan gaya hidup yang sihat. Jauhi dadah, alkohol, merokok akan mengurangkan risiko keguguran. Obesiti juga meningkatkan risiko keguguran. Persekitaran yang sihat meningkatkan peluang kehamilan yang sihat 

 

Bagi Wanita yang mengalami keguguran yang berulang ini haruslah berbincang dengan pakar supaya masalah keguguran ini tidak akan berulang lagi. Mereka juga harus memeriksa keadaan rahim melalui Sono Ultrasound dan menjalani ujian (sekiranya perlu) bagi mengetahui punca RPL ini.  

 
Translate »