Skip to content

Date Release: 3/8/2023

RISIKO OVERDUE 

 

OVERDUE ialah lewat dari tarikh yang ditetapkan. 

 

Kandungan yang melepasi tarikh jangka bersalin amat berisiko dan perlu dirujuk pada hospital.  

 

Tarikh jangka bersalin biasanya ditentukan dengan mengambilkira tarikh hari pertama haid yang terakhir. Atau menggunakan Sono Ultrasound.  

 

Sekiranya kandungan melebihi tarikh jangka bersalin yang telah ditetapkan oleh doktor (40 minggu), ibu akan diperiksa kandungannya melalui Sono Ultrasound dimana saiz bayi, kedudukan bayi, air ketuban (berkurang ataupun tidak) dan bukaan serviks juga akan diperiksa 

 

Antara risiko OVERDUE kepada ibu dan bayi dalam kandungan adalah 

  • Fetal distress 
  • Bayi mati dalam kandungan 
  • Risiko untuk bayi tertelan najis sendiri dalam kandungan ( Sindrom Aspirasi Mekonium 
  • Bayi yang overdue, berkemungkinan bersaiz besar dan risiko untuk kelahiran secara vakum adalah tinggi 
  • Risiko kekurangan air ketuban 
  • Shoulder dystocia : dimana bayi overdue ini berkemungkinan bersaiz besar. Bahu mungkin akan tersekat semasa proses kelahiran  
  • Bayi kekurangan oksigen ( Intraparum hypoxia ) 

 

Ciri-ciri ibu yang mengalami Overdue :  

  • Kehamilan pertama 
  • Ibu yang mempunyai berat badan berlebihan 
  • Pernah overdue pada kehamilan sebelum 
  • Tidak pasti tarikh terakhir haid 
  • Kecacatan pada bayi, maka kekurangan hormon kortisol untuk merangsang kehamilan 

 

Bagi mempercepatkan kelahiran Ibu digalakkan untuk berjalan kaki untuk mencetuskan kelahiran 

 

Ibu yang Overdue, akan melalui Sono Ultrasound untuk memeriksa kandungan, doktor juga akan mencetus kelahiran dengan prosedur membrane sweep.

 
Translate »