Date Release: 7/9/2023
Sacral Agenesis
Sacral Agenesis yang juga dikenali sebagai hipoplasia sakral adalah keadaan yang jarang berlaku di mana terdapat kelainan dalam perkembangan bahagian bawah tulang belakang. Bahagian bawah mungkin kurang berkembang atau mungkin tiada langsung.
Antara punca terjadinya Sacral Agenesis :
- Diabetes semasa kehamilan
- Terdedah pada radiasi
- Terdedah pada garam litium
- Ibu Bapa yang mengalami Spina bifida
Risiko berlakunya Sacral Agenesis pada bayi ialah :
- Penghidap mungkin mengalami defisit motor anggota bawah
- Disfungsi seksual
Rawatan dan hasil jangka panjang keadaan bergantung pada tahap kecacatan, dan mungkin termasuk pembedahan ortopedik dan urologi.
Ini bagaimanapun hanya menyokong kerana penyakit utama tidak dapat dipulihkan.
Kesan fizikal akibat Sacral Agenesis ialah penyempitan pada pinggul, otot punggung yang kurang berkembang (otot gluteal hipoplastik), kelihatan lekukan pada kulit punggung bawah dan punggung yang rata.
Umum memanggil pesakit dengan Sacral Agenesis ini dengan panggilan manusia setengah tubuh.
Beberapa kategori Sacral Agenesis:
Type 1
Pinggul dan lutut adalah normal. Kelainan pada kaki mungkin terjadi, dimana tumit menghala ke arah dalam, jari kaki dan kaki depan ke atas atau menghala keluar. Ini dinamakan Sacral Agenesis sebahagian atau total unilateral.
Type 2
Kebanyakan penghidap dengan Type 2 dapat berjalan.
Type 3
Bagi kategori Type 3, pesakit tiada tulang ekor, bahagian bawah yang datar. Pesakit Type 3 tidak dapat berdiri atau berjalan dengan sendiri.
Type 4
Pesakit Type ,4 tidak mempunyai tulang belakang lumbar dan sakrum, ini menjadikannya pendek.
Untuk mendiagnosis Sacral Agenesis ini ialah menggunakan Sono Ultrasound, biasanya dikesan semasa trimester kedua kehamilan. Details Scan juga digalakkan untuk mengesan kelainan lain yang berkaitan dengan Sacral Agenesis ini. Ekokardiogram atau MRI juga boleh dilakukan untuk melengkapkan penilaian janin.