Skip to content

Date Release: 6/9/2023

Tailbone Terratoma pada janin

 

Partners in Care | Sacrococcygeal teratomas are treated in the…

 

Tailbone terratoma atau sacrococcygeal teratoma adalah sejenis tumor yang terjadi pada janin dalam kandungan dan ia adalah kes yang paling jarang berlaku. Keadaan ini memerlukan pemantauan yang ketat. 

 

Tumor ni biasanya tumbuh di kawasan posterior iaitu bahagian belakang dan punggung janin pada minggu kedua dan ketiga kehamilan dan ia membesar dengan pantas. 

 

Teori terjadinya Sacrococcygeal Teratoma ialah : 

  • Teratoma ini terhasil dari sel endodermal yolk sac 
  • Teratoma terhasil akibat gangguan pembelahan sel 
  • Faktor genetik 

 

Risiko tumor ini kepada bayi adalah gangguan pada aliran darah dan bayi berisiko untuk mati didalam kandungan. 

 

Teratoma ini boleh kelihatan melalui Sono Ultrasound dan kadangkala ia boleh tumbuh di dalam dan di luar badan berhampiran kawasan tulang ekor. 

 

Walaupun tumor ini boleh membesar, ia biasanya tidak malignan (bukan kanser). Mereka biasanya boleh disembuhkan dengan pembedahan selepas kelahiran, tetapi kadang-kadang ia boleh menyebabkan masalah sebelum kelahiran. 

 

Sacrococcygeal Teratoma dapat dikesan melalui 

  • Sono Ultrasound yang dilakukan kerana rahim lebih besar daripada yang sepatutnya. Peningkatan saiz rahim selalunya disebabkan oleh cecair amniotik tambahan, dipanggil polyhydramnios, atau melalui pemeriksaan prenatal dan details scan. 
  •  
  • Ujian darah yang dilakukan ke atas ibu pada 16 minggu yang menunjukkan jumlah alpha fetoprotein (AFP) yang tinggi. 

 

Ada kemungkinan tumor ini adalah cystic (diisi cecair) biasanya tidak menyebabkan masalah kepada janin 

 

Manakala ada sebahagian tumor terdiri daripada kebanyakan tisu pepejal, dengan banyak aliran darah. Ia boleh menyebabkan janin menghadapi risiko. Ini kerana jantung janin perlu mengepam bukan sahaja untuk mengedarkan darah ke badannya, tetapi juga ke semua saluran darah tumor, yang boleh menjadi sebesar janin. Bermakna jantung janin melakukan dua kali lebih kerja dari normal.  

 

Bayi yang mengalami masalah Teratoma ini perlu melalui proses kelahiran secara ceaserean supaya risiko sewaktu kelahiran dapat diminimumkan 

 

Sebaik sahaja proses kelahiran, bayi perlu melalui pembedahan untuk membuang tumor tersebut. 

 

Untuk menentukan tahap keterukan keadaan janin adalah penting untuk melakukan ujian dan menentukan sama ada terdapat sebarang masalah lain. Ujian ini bersama-sama dengan bantuan pakar adalah penting untuk membuat keputusan terbaik tentang rawatan yang betul dan bagi mengurangkan risiko pada ibu dan janin. 

 

Setiap ujian dan pemeriksaan Sono Ultrasound adalah perlu untuk mengetahui : 

  • Jenis kecacatan  
  • Supaya dapat membezakannya daripada masalah lain yang kelihatan serupa. 
  • Keterukan kecacatan 
  • Mengetahui samada kecacatan janin ringan atau teruk. 
  • Kecacatan yang berkaitan 
  • Samada terdapat masalah lain atau sindrom lain. 
 
Translate »