Date Release: 26/7/2023
Saya hamil atau keguguran?
Apa itu keguguran?
Keguguran terjadi apabila sebahagian atau semua dari kandungan terkeluar atau dikeluarkan dari rahim bawah usia 22 minggu.
Kandungan yang tidak berkembang/membesar atau tiada tanda hidup juga adalah keguguran.
Sono Ultrasound sangat penting dalam memastikan samada kandungan mempunyai tanda-tanda hidup(degupan jantung) dan pembesaran kandungan dapat dilihat. Sono Ultrasound juga penting untuk melihat samada kandungan berada di dalam rahim atau diluar rahim (etopic pregnancy).
Ada beberapa situasi berkaitan keguguran:
- Kantung dapat dilihat melalui Sono Ultrasound, janin juga kelihatan, UPT adalah positive, tapi TIADA Denyutan jantung atau janin tidak berkembang selari dengan usia
- UPT adalah negatif, Ada kantung dikesan melalui Sono Ultrasound, tetapi kantung yang tidak normal (kantung cyst)
- Kantung dapat dilihat melalui Sono Ultrasound, tetapi tiada janin (kantung kosong) biasanya akan diberi tempoh untuk ulang scan Sono Ultrasound. Sekiranya kantung tidak berkembang,ia adalah kehamilan yang tidak menjadi/gagal.
Selain Sono Ultrasound scan, kehamilan juga diukur dengan nilai hormon beta HCG. Hormon yang meningkat menandakan ibu sedang hamil. Harus diingat hormon beta HCG mengambil masa untuk menurun sekiranya berlaku keguguran. Begitu juga dengan UPT.
Melalui Sono Ultrasound, kehamilan dapat dipastikan samada berada didalam rahim atau tidak, serta dapat memeriksa samada kehamilan berjaya atau tidak dengan melihat perkembangan janin dan denyutan jantung dapat dikesan melalui Sono Ultrasound
Biasanya ibu akan dirujuk kepada pakar apabila disyaki terdapat masalah dengan kandungan.
Jangan lupa dapatkan nasihat dan pemeriksaan berkenaan kehamilan atau sekiranya anda syak keguguran berlaku.